"Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai “boleh jatuh kepada haram”, katanya kepada pemberita di sini.
“Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam."
Kita tgk kat sini ya, apa maksud "kemenangan umat Islam" ni. Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 183 :"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Maknanya, selepas bulan Ramadhan, adalah diharapkan agar kita menjadi org yg bertaqwa, atau setidak-tidaknya meningkat ketaqwaan kita berbanding bulan2 sebelum ini.
Perhatikan ya, 11 bulan kita hidup 'dihasut' syaitan utk membuat itu dan ini, dan jika bulan nan satu ni pun(yg mana syaitan pn digari) kita gagal menahan nafsu kita (bukan makan & minum shj ya), apakah ada jaminan kita boleh berkelakuan baik pada bulan2 hadapan? Jadi apakah ada kemenangan yg boleh kita raikan pada aidil fitri yg bakal tiba nanti ?
1 comment:
Salam. Peringatan yg bagos... Manusia zaman sekarang terlena dan terleka dengan maksud 'kemenangan' yg ditafsir dengan menggunakan neraca pandangan masyarakat zaman sekarang yg berlandaskan nafsu. InsyaAllah...bersama2lah kite membebaskan pemikiran jumud ini.
Post a Comment