Pages

Saturday, January 09, 2016

Mikhail dan Andika

Sebenarnya, antara topik utama perbualan aku dan isteri dua tiga bulan sebelum kelahiran Andika adalah ;

Apakah agaknya reaksi Mikhail terhadap adik barunya nanti?

Aku dan isteri telah merencanakan pelbagai pelan dan 'step' supaya Mikhail rasa tak terkejut dan, yang paling utama, tak rasa 'tersisih'.

Maklumlah, dua tahun jadi 'centre of attention'. Mesti ada rasa cemburu. 

Dan apa yang kami jangka memang akhirnya terjadi.

Sehari dua yang pertama bolehlah Mikhail peluk-peluk dan cium-cium. Masuk hari ketiga dan keempat, dia sudah mula menjadi territorial.

Mutakhir, dia mudah tantrum. Kadang-kadang tanpa ada sebab munasabah. Buatlah dan pujuklah macam mana sekalipun; ada sahaja yang tak kena.

It broke my heart seeing him this way. Masuk hari ini, dah dua hari Mikhail tak main kejar-kejar dan hide-and-seek dengan aku; yang mana ia adalah rutin kami anak beranak hampir setiap hari. 

Akhirnya kami sedar; ini adalah fitrah.

Dan apa yang kami cuba buat setiap hari dan setiap detik adalah memberikan kasih sayang yang tak berbelah-bagi untuk kedua-duanya.

Hai anak; untukmu bulan dan bintang!


Gambar: Mikhail merajuk. Hampir sejam aku pujuk ajak main kejar-kejar. Jangankan nak turun katil, tengok aku pun dia tak mahu.

2 comments:

soleil m said...

My nephew had been in that phase too when her little sister came about 2 months ago. Pening kepala semua org sikit nak mengamuk. Mengamuk sikit2 tak pe. Ni Youtube videos loading lambat pun masyaAllah! Hehe!

Now dah ok sikit although there were times he would come to kiss his baby sister then pokkkk atas kepala baby then ran away cheekily sambil ketawa. Sighh! How can they be adorable yet threatening at the same time?

InsyaAllah Mikail willl get better in time. Maybe his world now only involved a few people sahaja. Cer Mikail balik Malaysia, being surrounded by families & friends. Agak2 ayah dia pun dia dah lupa kot? :P

Fitri Ezwan said...

Itulah, kami ada fikir macam tu juga. Tak banyak kawan sangat budak ni. Tunggu dia masuk play school tengah tahun ni, tengok macam mana