Pages

Saturday, October 15, 2011

Oasis

Beberapa hari yang lepas, aku telah bertemu dengan beberapa pegawai atasan di sebuah IPT di Johor Bahru, atas urusan promosi aktiviti PEMBINA. Terlanjur berbincang, isu-isu seputar hal-ehwal berkaitan dengan belia dan pelajar IPT telah disentuh. Dalam masa hampir sejam, beberapa buah idea telah dilontar dan dicabar. Aku melangkah keluar dari pejabat berhawa dingin itu dengan tersenyum; sudah lama aku tidak bertemu lawan bicara yang begitu stimulating.

Ada beberapa noktah yang ingin aku kongsikan:

Pertama, isu menterjemahkan dan melaksanakan apa yang dicitrakan oleh sesebuah pemikiran adalah isu berzaman dan isu sejagat.

Kedua, commitment terhadap suatu tanggungjawab adalah suatu ciri mewah yang sukar ditemui dikalangan belia masakini. Barangkali lantaran jiwa yang masih bergelora. 

Ketiga, tidak ada golongan yang lebih layak menanggapi isu belia melainkan belia itu sendiri. Golongan senior adalah seperti buruj-buruj bintang di langit malam untuk pedoman sang pelaut.

Keempat, ada perkara dalam hidup yang perlu dibiarkan pegun, dan ada yang perlu ditala mengikut peredaran masa. Memahami dan mengenalpastinya adalah impian setiap revulosioner. 

Kelima, penyakit kencing manis ada banyak persamaan dengan keberadaan umat Islam di negara ini.

Keenam, hikmah dan keyakinan(confidence) adalah kryptonite yang mujarab dalam setiap temuduga dan perbincangan =). Saranan aku ialah; latih tubi dan buat homework beforehand.


Let's work, people!





3 comments:

Anonymous said...

Salam

Sedang mengaitkan penyakit kencing manis dengan keberadaan umat Islam. Belum mendapat jawapan.

Mohon pencerahan tuan.

Fitri Ezwan said...

Salam A.,

1. perkembangannya yang mengambil masa yang panjang dan kronik.

2. kesan-kesan dan gejala-gejala hanya akan dialami apabila sudah di fasa-fasa akhir

3. kesan-kesan dan gejala-gejala yang dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk atau multi-systemic, yang akhirnya akan

4. diabetic neuropathy, atau gejala saraf akibat diabetis akan mengakibatkan badan tidak dapat mengesan atau peka kepada kerosakan yang berlaku

5. walaupun antara penyakit yang biasa berlaku dalam masyarakat, ia adalah antara yang paling susah untuk ditangani

6. rawatannya memerlukan pendekatan yang menyeluruh dari segenap aspek kehidupan, baik dari segi pengubatan dan pencegahan.

7. rawatan yang mengambil masa yang lama

8. terdapat banyak 'rawatan' yang 'menipu' dan 'ajaib-ajaib'.

9. pesakit itu sendiri yang biasanya tidak mahu dirawat. tanggapan umum menyatakan seolah-olah kencing manis adalah sesuatu yang normal apabila meningkat umur.

mohon maaf jika ada yg tersinggung.

terima kasih kerana bertanya.

Fitri

Fitri Ezwan said...

ralat

*noktah yang ketiga

...yang akhirnya membawa kepada kerosakan badan yang menyeluruh.