..seperti sehelai kain putih.
Monday, August 29, 2011
Saturday, August 27, 2011
Nota
Bukan semua orang yang beramal itu soleh; tetapi semua orang yang soleh itu beramal.
Bukan tempat kita untuk persoalkan niat seseorang. Bukan tempat kita untuk menentukan pahala-dosa seseorang.
"Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan". Al-Ghasiyah : 21
Friday, August 26, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Friday, August 19, 2011
Dalam dingin subuh
Sahabatku,
Pada Subuh itu ada suatu kekuatan,
Pada Subuh itu ada ikatan kesatuan,
Pada Subuh itu ada janji kemenangan.
Bangkitlah, dan Agungkanlah Tuhanmu.
Pada Subuh itu ada suatu kekuatan,
Pada Subuh itu ada ikatan kesatuan,
Pada Subuh itu ada janji kemenangan.
Bangkitlah, dan Agungkanlah Tuhanmu.
Wednesday, August 17, 2011
manusia itu kerdil
Islam tidak pernah memusuhi sains. Dan sains juga tidak pernah memusuhi Islam. Islam dan sains bukanlah dua entiti berbeza, tetapi bukan juga synonymous.
Kadang-kadang, dalam kegelojohan kita untuk menggapai kesempurnaan dan kekamilan, kita tanpa sedar masuk ke dalam jurang kekeliruan dan kejumudan yang sering kita cemuh-cemuhkan itu.
Our failure to understand it will cost us another millennia to rise. Again.
Kadang-kadang, dalam kegelojohan kita untuk menggapai kesempurnaan dan kekamilan, kita tanpa sedar masuk ke dalam jurang kekeliruan dan kejumudan yang sering kita cemuh-cemuhkan itu.
Our failure to understand it will cost us another millennia to rise. Again.
Petuanya; sentiasa sediakan ruang yang kosong di dalam gelas.
Thursday, August 04, 2011
Noktah-noktah hidup
Alhamdulillah, dah lebih 4 minggu aku di Melbourne. Setakat ini, adapting well. Mula-mula tak tahan sejuk, tapi lama-lama OK dah. Sekarang dah tak payah pakai jaket tebal-tebal ke hospital. Cuma, eczema masih ada sikit-sikit lagi.
Ward aku sekarang ialah Ward 32 South, Monash Medical Centre (MMC) Clayton, di bawah Jabatan Bedah Jantung (Cardiothoracic). Resident ada 2, Registrar ada 5, Overseas Fellow ada 3, Consultant ada 5. Tidak ada fresh grad/intern, paling muda pun adalah doktor tahun kedua selepas intern, jadi final year students kena jadi intern. Pagi sibuk dengan paperwork, biasanya lepas tengahari baru ada kerja-kerja perubatan atau sesi teaching. 3rd years ada lebih kurang 3 orang, tapi jarang-jarang nampak.
Mula biasanya pukul 7.15am dan habis lebih kurang 5 atau 6pm, bergantung kepada hari. Kalau hari masuk OT, biasanya lebih pukul 7pm. Musalla di hospital ada satu, kecil, dan ruang solat muslimin dan muslimat dibatasi hanya dengan tirai labuh. Paling-paling ramai pun boleh muat dalam 8 orang dalam satu-satu masa. Oh ya, musalla tepi pejabat mini-gereja!
Makanan halal tiada masalah. Mudah didapati dan tak mahal sangat. Tempat tinggal pun OK setakat ini. Pemanas yang ada sangat-sangat berguna. Kadang-kadang, rasa nak peluk bawa tidur sahaja, tapi nanti terbakar pula kulit. Ish.
Alhamdulillah, dapat offer kerja dari Goulburn Valley Health/Shepparton Hospital, Melbourne. Rezeki Ramadhan. Aku terima berita itu dengan rasa syukur dan perasaan yang bercampur. Benar, isu-isu seperti berkhidmat pada negara, pengalaman, duit, keluarga dll bermain-main dalam kepala otak aku. Ada beberapa sebab dibelakang pendirian yang diambil, dan moga Tuhan berikan aku petunjukNya. Mohon doa kalian. Dan seperti selalunya, nak tahu betul atau tidak keputusan yang aku ambil, kita kena serah pada masa untuk 'revelation'.
Aku tak rasa nak kongsikan sebab-sebabnya di sini, barangkali kerana aku tak mahu menganggap ia sebagai usaha untuk menjustifikasi tindakan yang aku ambil. Dan juga, sebab aku tak tahu samada ia betul atau tidak - cuma gerak hati dan inshaAllah aku yakin padanya. Cuma, aku harap sangat, orang-orang yang aku sayang akan memahami kenapa dan mengapa, sekalipun kalian tidak bersetuju.
Ramadhan, alhamdulillah. Kau datang bawa sinar, bawa harapan, bawa cabaran, bawa peringatan. Ada beberapa gol yang telah aku setkan. Harap-harapnya, dapat capai. Moga ia akan menjadi batu tapal dalam sejarah hidup aku. Kali ini. InshaAllah.
Cukuplah dulu. Nak sambung kerja sedikit. Mohon diberi kekuatan.
Ramadhan Kareem.
Yang Benar,
Your friendly neighbourhood brother
Subscribe to:
Posts (Atom)