Kurang dari tiga minggu lagi aku akan pergi ke Melbourne, Australia. Fasa terakhir dalam ijazah perubatan dan pembedahan aku ini. Persiapan tidak ada sangat, cuma selesaikan beberapa perkara formal seperti urusan tiket, visa dan sebagainya. Pakaian yang hendak dibawa pun sekadar congak-congak dalam kepala.
Untuk pakaian dan keperluan peribadi, boleh sumbat dalam beg hiking 65 liter. Kalau ada ruang lagi boleh letak buku-buku yang gemuk-gemuk tu nanti. Beg ni nanti untuk check-in luggage.
Laptop dan barang-barang lain, letak dalam backpack. Yang ni untuk cabin-luggage.
Rasanya nak pakai kemeja, seluar khakis dan sneakers masa flight nanti.
Sekarang ni nak masuk winter di sana. Baju sejuk yang tebal mungkin memakan banyak ruang. Kalau tak cukup ruang, aku pegang sahaja nanti.
Makanan rasanya aku tak bawa, sebab boleh beli di Asian Foodstore di Clayton nanti. Kalau bawa pun mungkin beberapa perencah nasi goreng.
Yang selebihnya, ialah persiapan hati. Aku nak bawa hati yang kosong. Hati yang sejuk.
Moga ada secebis kehangatan dalam kedinginan angin kota Melbourne.
.
2 comments:
You are graduating while I am going to second year.how ironic.
..but surely, petite girl, surely.
you'll be there in no time. inshaAllah.
'to the infinity...and beyond!'
Post a Comment