Pages

Monday, March 21, 2011

Bushido

Foto-foto dari negara matahari terbit menunjukkan kepada kita sikap rakyat negara itu. Walaupun diasak dengan bencana dan musibah, disiplin tetap dijaga.

Gambar-gambar manusia beratur panjang-panjang untuk mendapatkan bekalan dan membeli barang keperluan sebagai bukti. Jelas di dada-dada akhbar.

Agaknya perkara yang samakah boleh berlaku di Malaysia?

Kalau teringatkan kes duit syiling dan beras bertabur di atas lebuh raya dulu - rasanya tidak.

Dan kita mengaku kita orang Islam.

Dan kita mengaku kita orang berakhlak =)








Lagu ini menarik. Tahniah Aizat Amdan.




.... yang mengingatkan bahawa aku dah lama tak balik rumah.

No comments: