Pages

Wednesday, February 23, 2011

kita sibuk

Terima kasih sahabat, kerana sungguhpun secara tidak lansung, engkau telah menggesa aku untuk menulis, walaupun sepatah dua.

Kasihan pada penulis novel Interlok yang kini jadi sensasi, Datuk Abdullah Hussain. Kasihan kerana dia adalah mangsa keadaan.

Pelik juga, kerana jarang, di Malaysia, sasterawan diberi publisiti hangat sampai sedemikian rupa.

Pelik juga, kerana jarang, di Malaysia, sebuah buku diberi kritikan padu sampai sebegitu rupa.

Sebab, secara purata, rakyat kita yang berjumlah 28 juta ini sebenarnya tak gemar membaca pun.

*Satu muka surat pada 1997, dua muka surat pada 2002, dan dua naskah buku pada 2005.

Memalukan! Entah apa yang kita sibukkan agaknya.



*kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Sumber: Arkib Utusan Malaysia

2 comments:

anamunawwarah said...

salam~

statistik rakyat malaysia yang membaca menggunakan akal lebih corot agaknya kan?kasihan benar Pak lah (bukan mantan PM) yang sedang uzur tu.

http://samadsaid.wordpress.com/2011/01/10/membalas-budi-cara-paling-hina/


p/s: peribadi,aku lebih rela interlok dikeluarkan dari teks sekolah daripada isinya yang asal diubah2.

*terbayang mata berkaca pak lah dalam utusan malaysia*
='(

Fitri Ezwan said...

wslm

setuju. terima kasih atas komen