Pages

Thursday, April 23, 2009

hari terakhir

Hari ini, secara rasmi, adalah hari terakhir aku di wad bersalin. Ada kenangan-kenangan manis silih berganti dalam fikiranku. Memang, rotation kali ini berbeza daripada yang lain-lain. Sebab-sebabnya aku sendiri tidak tahu, tapi secara umumnya bolehlah dikatakan rotation kali ini paling ruhiy atau spiritual (setakat ini).

Aku teringat ...

betapa menggelabah dan menggeletarnya tangan aku ketika menyambut ‘bayi pertama’ku.

betapa kelam kabutnya seluruh dan seisi dewan bersalin jika ada baby flat.

betapa terujanya aku di malam first on-call. Senantiasa menanti-nati jika ada kelahiran.

betapa letih dan penatnya bertugas di dewan bersalin, siang dan malam.

betapa seronoknya melihat bayi-bayi nakal dalam incubator masing-masing di observation zone.

betapa pilunya terasa menyelubungi department bila ada keguguran atau kematian bayi.

betapa garang dan cerewetnya doktor pakar dalam ‘mengajar’ doktor muda dan doktor pelatih.

betapa aku kerap dimarahi kerana terkedek-kedek ketika memotong tali pusat bayi ataupun inserting IV line.

betapa seronoknya makan malam( + tengahari + sarapan) bersama-sama on-call doctor yang lain di bilik rehat.

dunia kami adalah department itu, department itu adalah dunia kami.

siang adalah malam, dan malam adalah siang.

Itulah kehidupan yang anda boleh jangka di jabatan bersalin yang mana kadar kelahirannya tertinggi di semenanjung Malaysia setakat ini (50+ kelahiran/sehari).

Tetapi, semacam ada perasaan serba salah jika ada orang-orang lain atau kenalan yang bertanya ’Doktor sekarang dalam bahagian mana?’. Semacam ada perasaan malu dan segan. Sebab-sebabnya anda sendiri maklum barangkali.

Terus terang, aku juga tidak begitu selesa. Tidak ada yang selesa pun sebenarnya; aku, si ibu, dan tambah-tambah lagi si suami atau ahli keluarga mereka. Seringkali, sebelum masuk ke dalam dewan bersalin, aku akan melintasi suami-suami yang sudahlah sediakala resah dan gelisah, bertambah-tambah lagilah kecuakan mereka apabila melihat yang bakal attend delivery isteri mereka ialah aku. Walaupun mereka tidak berkata apa-apa, tapi daripada air muka mereka, aku dapat mengagak apa yang sedang berdetik di hati.

betul ke doktor ni, muda lagi, boleh ke tak....

panggillah doktor lain, yang perempuan ke....

aku tak nak doktor pelatih ni yang attend, buatnya jadi apa-apa karang...

Bahkan ada si ibu yang bertanya kepada aku (setelah selesai semuanya) “dah kahwin belum doktor?“ “belum, kenapa?“ “malunya saya“.

Haih....Puan, jika puan malu, saya 10 kali lebih malu. Dan (hypothetically) jika aku sendiri yang menunggu isteriku bersalin nanti, seboleh-bolehnya aku tak mahu doktor pelatih juga!

Apa pandangan aku terhadap perkara ini? Aku memandang rotation ini tidak lebih sebagai salah satu komponen dalam kurikulum ilmu perubatan. Jika itu yang dimahukan dan difikirkan perlu, maka itu jugalah yang akan aku buat. Apakah aku akan jadi specialist dalam bidang ini? Tidak, barangkali. Apakah tanggapan aku terhadap lelaki yang menjadi pakar sakit puan dan bersalin? Aku tiada komen tentang ini.

Cuma, yang mungkin aku cuba ketengahkan di sini, betapa perlunya kita melahirkan lebih ramai doktor wanita (terutama yang muslim) dalam bidang ini. Sekiranya sudah ramai nanti, tidak perlulah lelaki mengambil pengkhususan dalam bidang ini. Aku rasa la... Aku berharap, sedikit sebanyak, entri kali ini boleh inspire pelajar-pelajar perempuan untuk mempertimbangkan cita-cita untuk menjadi doktor. (entah ada entah tidak pembaca blog aku daripada kelompok ini)

Apapun, alhamdulillah dan terima kasih semua atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberi, pengalaman yang ditimba sangat berharga dan sukar dicari ganti. =)


*****

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."

al-isra' : 24

7 comments:

Anonymous said...

Bekalan seblom saya ke O&G..Hehe

Nada Syazana said...

Wahhhhh...entry ni paling best! Btw, Maze nak specialize dlm O&G. Sejuk la sikit hati suami2 tengok doktor kenit berbaju kurung pink sambut anak diorang. Hoho.

From what you've pointed out, I actually can't wait for my turn in O&G!

maze arshad said...

yea..entry ni sgt best..syabas!..rs cuak pon ade jugak bile bc ur entry..nada..suami2 tu sah2 lagi rs risau tgk aku berbaju pink pegi sambut baby diorg!rsnye en.fitri pun setuju

Fitri Ezwan said...

salaam

to nada:

terima kasih! ya, semoga sejuk dan damailah hati-hati mereka. kenapa mesti pink?

on the other hand, I can't wait for psych!


to maze:

terima kasih! Tak, mereka tak risaulah, kerana anda org melaka! =)

fatimah munirah mior habidin said...

dr. fitri,
kalau ibu2 yg melahirkan anak dan bapa2 yg mnunggu klahiran anak mereka rasa hairan & ragu2 tgk lelaki yg masih muda menjadi doktor bersalin, jgn risau. sebab bayi2 yg baru lahir tu semuanya punya perasaan yg kagum + amaze tgk anda yg tlh menyambut mereka utk melihat dunia! (dalam hati bayi, mane kite nak tau kan. hihih) congratz yeah! moga2 dr.fitri berjaya.

Anonymous said...

wahh bro!
hahaha.
baru bace entry yang ni.
:P
seriously,
memang cool.
HAHA.
x tahu kenapa saya cakap cool.
tapi memang cool.
:)

fitri ezwan said...

to shakinah:

cool? =) terima kasih!