Pages

Sunday, March 08, 2009

Rahsia lelaki

Tutorial tempoh hari agak memberangsangkan.

"Fitri, when do you think you've become a man?" tanya Dr. H secara tiba-tiba.

Gugup, tetapi dengan spontan dan tanpa ada second thought – anehnya juga dengan yakin dan pantas – aku menjawab "after I had circumcision".

Jawapan ringkas itu disambut dengan deraian tawa dan senyuman-senyuman nakal oleh rakan-rakan lain.

"Menjadi lelaki" adalah satu topik perbincangan yang boleh jadi sangat menarik, tetapi tidak dapat dibincangkan dengan enak jika kita tidak mencapai satu definisi yang universal tentang apa ertinya menjadi lelaki.

Tetapi, belum pun sempat kita pergi lebih jauh, masalah sudah timbul. Definisi dari kaca mata atau sudut pandangan manakah yang wajar digunapakai? Sains? atau budaya? atau agama? Dan sebenarnya, ketiga-tiga entiti ini ternyata mempunyai pengaruh yang sangat dinamik dalam proses mencorakkan dan melahirkan sudut pandangan yang unik untuk sesuatu komuniti itu. Sukar rasanya untuk kita mecapai satu kata yang sepakat, apatah lagi jika ahli-ahli diskusi terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Sungguhpun perbincangan tampak neutral dan intelek, tetapi sebenarnya pada setiap hujah ada terselit – secara halus – unsur sinis dan emosi. Masing-masing, secara sedar ataupun tidak – dan secara sengaja ataupun tidak – perlu mengakui bahawa mereka agak defensif dan emosional ketika mempertahankan sudut pandangan yang diwakili dan juga ketika mengkritik pihak yang lain. Masing-masing berpendapat, "lelaki" menurut tafsiran mereka lebih ideal dan lebih "jantan" berbanding pihak yang lain.

Dari sudut lain, sebenarnya, kepelbagaian pendapat-pendapat ini amat menarik minat untuk dikaji. Masing-masing – walau daripada kaum mana sekalipun – punya cara yang unik untuk menzahirkan bahawa mereka sudah "lelaki" – dari berkhatan hingga ke bertatu, dari akauntabiliti hinggalah ke egoisme. Semua ini, pada pandangan aku, dapat kita simpulkan dalam dua tema besar. Bahawa lelaki itu:

  1. mahukan tanggungjawab dan respect
  2. punya kuasa untuk membuat keputusan

Kita ketepikan dahulu soal itu dan pertimbangkan teori-teori berikut;

Umur 21 adalah the magic number dalam kerangka hayat seseorang lelaki menurut ilmu perubatan. Pada umur ini, seseorang lelaki itu dikatakan telah mencapai "kematangan" dalam perkembangan fizikal dan mental (attained full physical and mental development). Tetapi, harus dijelaskan di sini bahawa, ianya tidak bermaksud perkembangan fizikal dan mental sudah terhenti, tetapi lebih menjelaskan bahawa segala kapasiti “kelelakian” sudah dicapai dan bersedia untuk dikembangkan dengan lebih lanjut. Dari segi fizikal misalnya, ketinggian seseorang itu sudah dianggap optimum (walaupun sebenarnya penambahan ketinggian boleh berlaku, tetapi selalu diabaikan kerana perubahannya sangat minimal dan tidak ketara) begitu juga dengan ciri-ciri fizikal yang lain seperti bone density dan secondary sexual characteristic.

Akan tetapi – tidak seperti perkembangan fizikal – perkembangan mental tidaklah begitu straight forward. Biasanya perbincangan tentang isu yang satu ini penuh dengan kontroversi hangat. Umumnya, perkembangan minda sering dikaitkan dengan “kematangan”. Mengapa? Obviously ( pada pendapat aku ) ini kerana perkembangan minda diukur – to a certain extent – dengan kematangan. Now, ini telah membuka satu lagi isu yang menarik; apa itu kematangan? Melalui pengamatanku, lelaki umumnya terasa sangat tercabar jika kematangannya dipertikaikan, tidak kiralah diperingkat umur mana sekalipun (tolak ketepi golongan kanak-kanak). Masing-masing berlumba untuk kelihatan matang. Egonya terusik jika diacah-acah dengan tuduhan “tidak matang” dan “kebudak-budakan”. Tidak keterlaluan rasanya jika aku katakan di sini, lelaki barangkali boleh bertolak ansur dan senyum-senyum pahit jika kematangannya dipersoal dari sudut fizikal, tetapi jika ianya soal pemikiran dan perangai – jawapannya jelas – tiada kompromi! Jika dicabar juga, lelaki yang lemah daya tangkis akan kehilangan keupayaan berfikir secara rasional dan bertukar menjadi makhluk primitif; kuat melenting, emosional, pendendam dan terburu-buru.

Mengapa begitu sensitif? There is no a clear cut answer, but my suspicion is, it is due to what maturity can offer. Kematangan berhubungkait secara lansung dengan kelelakian, dan jika ini benar, hanya lelaki yang “kelihatan” matang wajar diberikan tanggungjawab, respect dan kuasa (seperti dinyatakan di atas)! Dengan kata lain, kalau tidak matang, kamu bukan lelaki!

Tuduhan ini agak harsh (barangkali keterlaluan) dan sama sekali tidak menyenangkan jika kena batang hidung sendiri!

Tetapi, dalam kita mengejar kematangan, what kind of maturity that we’re talking about here? Ini juga begitu kontroversi. Mari kita pertimbangkan, sekali lagi, teori ini:

Apa sebenarnya hallmark yang memisahkan peringkat-peringkat umur seseorang lelaki itu? Untuk tujuan perbincangan kali ini, fokus akan kutumpukan antara keremajaan dan kelelakian.

Seperti rajah ringkas di atas, semasa remaja, arah pemikiran seseorang lelaki itu masih bertumpu kepada dirinya sendiri. It’s all about self. Kesedaran untuk memikirkan persoalan-persoalan tentang orang lain disekitarnya masih lagi di tahap minimal, itupun kalau ada. Kalaupun dia memikirkan tentang orang lain, agenda utamanya masih lagi tidak dapat lari daripada isu kepuasan diri sendiri. Misalnya, si A masuk kelab penyokong Manchester United (contoh je) supaya dirinya tampak cool dikalangan rakan-rakan. Kelab cool, supporters pun mesti cool.

Tetapi, seorang lelaki yang matang, akan mula memikirkan tentang orang lain, akan mula prihatin dan risau tentang apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka, dan – to a certain extent – meletakkan kepentingan orang yang dikasihinya lebih daripada dirinya sendiri. Orang lain di sini mungkin terdiri daripada keluarganya, komunitinya, negaranya hinggalah agamanya.

Ini sangat menarik, padaku. Sifat semulajadi yang unik ini nampaknya sangat sesuai dengan fungsi lelaki itu sebagai pemimpin, setidak-tidaknya, jika sudah berkeluarga kelak sebagai ketua keluarga. Ia seolah-olah menyediakan struktur asas supaya lelaki itu bersedia memikul tanggung jawab yang berat ini.

Jadi tidak hairanlah jika lelaki mahukan respect, tanggung jawab dan kuasa. Satu sikap yang semula jadi barangkali. Tapi, bagaimana pula dengan lelaki dewasa yang masih lagi tidak keluar dari kepompong pemikiran “remaja“ ? Ini sangat bahaya! Kombinasi maut antara ketidak-matangan dengan kuasa hanya melahirkan kebinasaan yang diluar jangkaan!

Tetapi, para pembaca sekelian, inilah realiti yang berlaku right in front our very eyes. Statistik menunjukkan punca-punca utama kematian lelaki muda Malaysia adalah akibat kemalangan jalan raya, pembunuhan dan pergaduhan. Punca-punca yang jauh mengatasi masalah penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, leukemia dan penyakit-penyakit genetik dan kanser yang lain.. Punca-punca yang boleh kita elakkan.

Sayang sekali! Aku memandang perkara ini sebagai satu pembaziran yang sangat merugikan. Ketika masa muda inilah kita punya tenaga raksasa yang boleh kita gerakkan, punya masa yang banyak untuk kita manfaatkan lantaran masih kurangnya lagi komitmen-komitmen lain, punya semangat yang membara dan menyala-nyala. Kita punya segala-galanya, tapi sayang, kerana jalan yang kita pilih salah, hancur segala-galanya. Ini belum lagi kalau kita panjangkan isu ini kepada mereka yang sediakala berada dalam pucuk pimpinan. Apakah kita boleh percaya mereka ini untuk membuat keputusan yang penting-penting dalam menentukan hala tuju hidup kita? Siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk membela untung nasib kita kalau bukan pemuda-pemuda kita sendiri? Ayuh, rakan-rakanku sekalian (terutama kalian yang lelaki) serlahkan "kejantanan" mu! (hahahah!)

Pembaca yang budiman, soal "menjadi lelaki", kematangan dan tanggung jawab bukanlah perbincangan yang patut kita bataskan dalam ruang lingkup akademik dan falsafah sahaja, tetapi persoalan yang patut kita muhasabahkan dalam diri kita pada setiap masa dan setiap ketika.

Barangkali, segala apa yang dibincangkan boleh kita simpulkan dengan hadis junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi :

"la yu' minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihy ma yuhibbu linafsih"

"tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri."

7 comments:

anamunawwarah said...

salam...
membaca sambil terbayang2 keenam enam bf sy di rumah..emm
wondering and thinking...

Nada Syazana said...

Nice one Fits!

Kematangan = umur?.

No, no, no.

It all depends on the person's attitude. Tak semestinya orang yang suka tengok cartoon kurang matang daripada orang suka tengok Bloomberg. In the end, it's what the person does in self-defense and cara orang tu selesaikan masalah. That's how you tell the person's maturity level.

Ko dah cukup jantan. Jangan le risau2 ye, cu? ;p

Fitri Ezwan said...

salaam

anamunawwarah:
=)

bf di rumah je?


Nada:
=)

agree, age does not correspond with maturity.

what i'm trying to say is:

at a certain age, you are expected to achieve a certain level(or at least at the minimum level) of maturity.

likewise in neonates. You have a general timeline for the baby to achieve a certain milestone eg walking, chuckling etc. You would be worry if they did not achieve it, wouldn't you? ..

and yes, i believe there must be a proportion of time for you to think about your self e.g hobby, preference, gossips(huh!). It's too cruel and boring to live life without having fun, isn't it ( or perhaps it's too idealistic for the concept of devoting yourself totally towards others)?

I personally believe there should be a balance in everything...

and thanks for the comment nada! haha =)

Anonymous said...

Iye fitri.
agreed wif Nada's that
"ko dah cukup jantan"
haha.
anyway, i like this post.

Ketika masa muda inilah kita punya tenaga raksasa yang boleh kita gerakkan, punya masa yang banyak untuk kita manfaatkan lantaran masih kurangnya lagi komitmen-komitmen lain, punya semangat yang membara dan menyala-nyala.


bro, u're in the right track. Insya Allah.

Pray for me that i'll not be swayed away.

Fitri Ezwan said...

Salaam

Bro Hakim (kekuatansuper):

hehe, i doubt that!

thanks for the comment =)

hidayah habil said...

I think,

kematangan tu lebih berkait rapat dengan tahap pemikiran.tahap pemikiran itu pula bergantung pada ilmu, pengalaman, sikap dan amalan seseorang.

kematangan boleh membentuk personaliti, tapi personaliti tak semestinya bergantung kepada kematangan.

as if,

1) Cik A seorang yang happy-go-lucky dan suka bergurau (personality), but decision wise, dia seorang yang berpandangan jauh.contoh personaliti tak bergantung kpd kematangan.

2) Cik B seorang yang serius, pendiam dan berpandangan jauh. contoh personaliti diterjemahkan @ diekspresikan daripada kematangan pemikiran.


Setuju dengan statement ada timeline untuk tahap kematangan bagi umur tertentu.

Sebab, dengan peningkatan umur, kita dijangka 'meningkat' juga dari segi:

1)Ilmu
2)Pengalaman
3)Sikap yang betul, berdasarkan pengalaman lalu setelah pengajaran diambil
4)Amalan, berdasarkan ilmu yang dimiliki

yang pada akhirnya membentuk 'kematangan' yang sesuai dengan tahap umur seseorang.

Jadi, personaliti bukan kematangan. Personaliti boleh jadi hasil daripada kematangan, atau ia entiti yang bertentangan dengan ukuran kematangan itu sendiri.

Haish. Maaflah tuan blog. meleret-leret pula.

Just my 2 cents :)

Fitri Ezwan said...

Salaam.

Dr. Qasryna:

no, not at all, i don't mind. Please, feel free to express anything =)

Terima kasih atas pandangan anda. Satu pendapat yang aku rasa holistic dan neutral.