Pages

Thursday, November 22, 2007

bagaikan

aku senyum di awal pagi,hari ini

kehadiran sahabat-sahabat sememangnya dinanti-nantikan.
menggamit hati dan perasaan
setahun, sahabat! setahun...
hati ini sayup diamuk gelora jiwa

sengaja aku zahirkan kekesalan diri
sengaja aku pentaskan kekalutan diri
sengaja aku pertontonkan kecelaruan diri
sengaja aku persembahkan kebodohan diri

agar kau mengerti
agar kau fahami

inilah aku
anak muda penuh dengan mimpi
panjang anganku
ribuan kesalku

aku mahu bina semula...