Pages

Wednesday, August 22, 2007

dari hati


Bila kau memandang
dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pastilah damai hatimu
kerana masakan Allah
sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia
bukan Allah tidak tahu derita hidupmu
retak belah perasaanmu
tapi mungkin itulah kemahuanNya
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak
mudah untuk akrab
dekat denganNya!

melbourne, tahun lepas =)

No comments: