Apakah agaknya reaksi Mikhail terhadap adik barunya nanti?
Aku dan isteri telah merencanakan pelbagai pelan dan 'step' supaya Mikhail rasa tak terkejut dan, yang paling utama, tak rasa 'tersisih'.
Maklumlah, dua tahun jadi 'centre of attention'. Mesti ada rasa cemburu.
Dan apa yang kami jangka memang akhirnya terjadi.
Sehari dua yang pertama bolehlah Mikhail peluk-peluk dan cium-cium. Masuk hari ketiga dan keempat, dia sudah mula menjadi territorial.
Mutakhir, dia mudah tantrum. Kadang-kadang tanpa ada sebab munasabah. Buatlah dan pujuklah macam mana sekalipun; ada sahaja yang tak kena.
It broke my heart seeing him this way. Masuk hari ini, dah dua hari Mikhail tak main kejar-kejar dan hide-and-seek dengan aku; yang mana ia adalah rutin kami anak beranak hampir setiap hari.
Akhirnya kami sedar; ini adalah fitrah.
Dan apa yang kami cuba buat setiap hari dan setiap detik adalah memberikan kasih sayang yang tak berbelah-bagi untuk kedua-duanya.
Hai anak; untukmu bulan dan bintang!
Gambar: Mikhail merajuk. Hampir sejam aku pujuk ajak main kejar-kejar. Jangankan nak turun katil, tengok aku pun dia tak mahu.