Pages

Wednesday, December 28, 2016

2017

Tahun 2016 bakal berakhir dalam masa 3 hari lagi. 
Selamat datang 2017.

Tahun 2016 adalah tahun yang mencabar.

Tahun pertama beranak dua. Andika lahir bawa kegembiraan dan kebahagiaan.


Mikhail perlukan terapi berkala utk speech delay dan autism spectrumnya/asperger (alhamdulillah ada progress, inshaAllah ada satu posting khas nanti). Cabarannya bukan kepalang, tapi kami redha dan bersyukur. Mama and papa love you Mikhail!

Kami juga menghadapi keadaan ekonomi keluarga yang tak menentu. 

Dan berakhir dengan penceraian ibu dan ayah awal bulan Disember. Sedih! Tapi, jika itu yang terbaik, aku mohon Allah SWT lapangkan hidup dan berkati umur kedua orang tuaku. 

Dari segi kerjaya, aku sangat berpuas hati dengan pengalaman dan environment kerja yang stimulating dan juga rewarding. InshaAllah akan memasuki fasa akhir Master dan juga Fellowship tahun depan.

...

2016 berlalu dengan memori pahit dan manis. 

Aku bersyukur pada Allah SWT yang sentiasa menunjukkan jalan keluar, 'menegur' mana yang silap dan memberi 'peluang' memperbaik mana yang kurang.

Aku berterima kasih pada isteriku yang tersayang, kerana sanggup bersama menghadapi semua ini. Terima kasih! Engkaulah kekuatanku. Engkaulah segalanya. 

2016 masa kita banyak dihabiskan di rumah. InshaAllah untuk 2017, harapnya lebih aktif dan amal keluarga bertambah gencar! 

Kita mohon padaNya, dan kembalikan semua padaNya.

I have a good feeling about this one!




Sunday, October 16, 2016

After a while

"You look like the Asian version of Harry Potter " my nurse mentioned to me suddenly last week.


Saturday, July 23, 2016

Rumah baru

Minggu depan pindah rumah.

Daerah sebelah. Dekat sikit dengan play school, tadika dan sekolah.


Sunday, May 01, 2016

Source: google images

Thursday, February 04, 2016

Kemeja kerja berhabuk

"Abang gemuklah dalam dua tiga bulan lepas kahwin. Lepas tu kuruslah balik. Nanti orang cakap syg pandai jaga laki."

And so I agreed. As planned.

It was the biggest mistake. Ever!

Hahah.

In terms of food and diet, I think I'm all right. We don't really eat outside. Take-aways and comfort foods are a rarity. 

The main culprit, as I see it, is my sedentary lifestyle.

I have skipped, almost unintentionally, most of my meals during the day and eat them during dinner time. If I'm on-call, I'll wait until the shift is over and then eat.

After that I will fall asleep. Straight.

Plus, I'm not as active as before. Running around the house for awhile with Mikhail doesn't really count, I guess.

And thus it was, over 3 years of happy and blissful life (and counting InshaAllah), I have successfully accrued 20kg of weight in excess. 

Bravo! 

This has to be addressed. 

For that I have devised a cunning plan to shed this muffin belly of mine and, hopefully, will restore the glory days of 'Kemeja kerja saiz S - Slim fit', eventually.

Wish me luck ! 





Saturday, January 09, 2016

Mikhail dan Andika

Sebenarnya, antara topik utama perbualan aku dan isteri dua tiga bulan sebelum kelahiran Andika adalah ;

Apakah agaknya reaksi Mikhail terhadap adik barunya nanti?

Aku dan isteri telah merencanakan pelbagai pelan dan 'step' supaya Mikhail rasa tak terkejut dan, yang paling utama, tak rasa 'tersisih'.

Maklumlah, dua tahun jadi 'centre of attention'. Mesti ada rasa cemburu. 

Dan apa yang kami jangka memang akhirnya terjadi.

Sehari dua yang pertama bolehlah Mikhail peluk-peluk dan cium-cium. Masuk hari ketiga dan keempat, dia sudah mula menjadi territorial.

Mutakhir, dia mudah tantrum. Kadang-kadang tanpa ada sebab munasabah. Buatlah dan pujuklah macam mana sekalipun; ada sahaja yang tak kena.

It broke my heart seeing him this way. Masuk hari ini, dah dua hari Mikhail tak main kejar-kejar dan hide-and-seek dengan aku; yang mana ia adalah rutin kami anak beranak hampir setiap hari. 

Akhirnya kami sedar; ini adalah fitrah.

Dan apa yang kami cuba buat setiap hari dan setiap detik adalah memberikan kasih sayang yang tak berbelah-bagi untuk kedua-duanya.

Hai anak; untukmu bulan dan bintang!


Gambar: Mikhail merajuk. Hampir sejam aku pujuk ajak main kejar-kejar. Jangankan nak turun katil, tengok aku pun dia tak mahu.

Sunday, January 03, 2016

Andika

Alhamdulillah. Putera kedua kami selamat dilahirkan pada 31/12/15 pada pukul 1.50pm.
Berat 3.45kg

Kami (baca:isteri) beri nama :

Andika bin Mohd Fitri Ezwan

Andika bermaksud 'perajurit mulia atau berpangkat tinggi' dalam bahasa Jawa kuno.
A variant of 'Arjuna'.

Kalau ikut aku, rasanya muka Andika saling tak tumpah dengan abang Mikhail waktu baby dulu.