Pages

Friday, June 22, 2012

Mrauk U

Aku rasa, garis halus yang memisahkan antara 'balas dendam' dan 'belajar dari kesilapan' adalah - niat.

Halus sekali.

Peliharalah.



.

Saturday, June 09, 2012

Tuan Ramlan; Salut-tiga-jari!

Dulu, waktu perkhemahan pengakap sekolah rendah, antara aktiviti yang aku benci adalah pemeriksaan kawasan khemah pada hari terakhir. Sebab, ada saja yang tak kena pada mata pemeriksa. Ada saja modal untuk mendenda.

Pasal kebersihan itu tak mengapa, biasanya semua orang sedar nak buat. Tapi ada satu bab yang biasanya orang terlepas pandang -periuk belanga kena dipastikan licin berkilat.

Bersebab sebenarnya. Alat-alat memasak memang susah nak dipastikan bersih. Benda-benda tu memang guna sepanjang masa. Tak guna basuh awal-awal. Contoh; cerek air; sentri malam akan sentiasa buat air panas berkole-kole dan berteko-teko, paling tidak pun malam sebelum hari inspection

Yang paling susah adalah jelaga karbon pada permukaan bawah. Biasanya masak pakai kayu, atau tempurung, jadi jelaganya lagi degil berbanding dengan jelaga dapur rumah.

Kalau tak sental, biasanya pemeriksa akan calit jelaga tu kat muka. Waktu sekolah rendah, hukuman tu dah tak terperi gerunnya. 

Tak ada heronya kena denda macam tu. Biasanya, budak-budak meleleh air mata menahan malu waktu muka dipalit jelaga.


....Bila fikir-fikir balik, benda ni sebenarnya berbekas dalam hati.

Hati ini sememangnya jarang dijenguk, dibelek dan diteliti. Entahkan elok entahkan tidak. 

Karat dan debu dan segala macam lagi entah dah tebal mana. Dibiarkan; bertambah teruk. Dibersihkan; jerih sekali. Tapi perlu dibuat. Setiap masa.

Takut-takut, tak sempat nak berkilat waktu hari inspection nanti. Kantoi.

Carilah penyudah yang terbaik. Kerana kita tak tahu waktunya bila.

Kejar husnul-khatimah.


Friday, June 01, 2012

Hidup untuk sehari

"Nasib yang terbaik adalah mereka yg tidak pernah dilahirkan.

Yg kedua, mereka yg mati muda.

Dan yg tersial adalah mereka yg mati tua.

Maka beruntunglah mereka yg mati muda.

Makhluk kecil; kembalilah engkau dari tiada ke tiada.

Berbahagialah engkau dlm ketiadaan-mu"


Catatan Seorang Demonstran - SHG