Kompleks juga nak kerja ni. Banyak betul paperwork kena buat. Perkhidmatan yang komprehensif memerlukan pengamatan yang lebih terhadap banyak perkara; dari sekecil-kecil nombor telefon kepada sebesar-besar polisi insurans.
IELTS, pemeriksaan kesihatan, jadual imunisasi, pemeriksaan rekod polis, keperluan-keperluan visa kerja, tempat tinggal, tiket etc..
Aku dah la tak minat benda-benda macam ni.
Oh well, latihan bagus.
Munazzamun fi syu'unihi - Tersusun dalam urusan
*Kemas kini
*Kemas kini
Aku sekarang di Hargreave-Andrew Library. Mulanya nak balik awal selepas selesai submit online assignment, tapi tergendala sebab hujan... Hujan! Dah lama tak hujan lebat sebegini. Mula-mula tadi guruh, kemudian petir, dan lepas tu turun hujan rahmat. Komputer yang aku gunakan dekat dengan tingkap, menghadap makmal kimia tingkat dua bersebelahan dengan taman. Beberapa pasangan kekasih mat saleh 'bersidai' di tepi tingkap, melihat hujan turun menitik-nitik, sambil saling mengungkapkan janji kasih, barangkali. Aku senyum. Sejuk! Sejuk dalam kebasahan dan kedinginan hujan perolakan.Sejuk yang menghembus sampai ke dasar hati. Terasa seperti air wudhu' segar yang diambil di tepi sumur sawah...
Barangkali, dalam seminit dua lagi, redalah hujan. InshaAllah. Kalau tak reda pun, boleh redah rintik-rintik hujan kurniaan Ilahi. Biar basah ubun dan jemalaku. Biar basah denyut nadiku. Biar basah dengan titik-titik Kauthar.
#melankolik