Musuh yang bagaimana? Perasaan gugup dan tak yakin, mungkin.
Oh, dan juga kerap dihantui oleh kesalahan-kesalahan yang lepas-lepas.
Semua ini, jika berlaku, bolehlah dikira dosa besar dalam perperiksaan, apatah lagi bila ianya perperiksaan amali, seperti OSCE (Objective-Structured Clinical Exam).
Jujurnya, aku ini seorang yang gugup dan darah gemuruh. Ada sedikit fobia untuk bergaul dalam khalayak ramai, apatah lagi jika diminta memberikan ucapan. Barangkali itulah sebab banyak masa aku habiskan bersosial dengan buku-buku, menulis dan menyendiri.
Dalam sesi feedback untuk exam yang lepas, beberapa examiners, yang juga merupakan tutor, telah memberikan komen
"I'm not satisfied with you, fitri, it seems like you're totally blur and freaked out in there. What's wrong? I'm expecting more from you."
"you're not like this during my class or in the wards. What makes you so nervous during exams?"
"bla bla bla"
Aku tak tau.
I don't know, my dear readers.
Exam anxiety, maybe.
Entahlah, apa yang aku perasan, aku gugup apabila diminta bercakap. Flight of ideas, soft spoken, indecisive, susunan idea yang berkecamuk; membuatkan aku nampak macam orang bodoh dan bahlul, tapi nak bercakap juga.
Dan mungkin kerana itu, aku sering mengelak jika diminta berdebat, atau diminta beri pendapat. Aku lebih selesa untuk meluahkan dalam bentuk penulisan. Tapi, aku cukup suka untuk mendengar pendapat orang lain, cukup berminat melihat orang berdebat.
Oh ya, aku cukup mengagumi mereka yang boleh berdebat dengan baik sekali. Alangkah berharga sekali kurniaan Tuhan pada mereka itu!
Doctor ought to be confident, i mean, c'mon man, if you are not confident with yourself, do you expect your patient to be confident in you? have faith in all you do? Follow what ever your decision? Heaven(aku tukar perkataan dia) no!- kata seorang rakan.
How to be confident?...Learn to love yourself more, pal! That's why most girls love bad boys, it's all in their confidence - kata seorang rakanku yang lain pula. (pulak dah!)
Isk.
Worst case scenario, mungkin aku akan telan beberapa pil beta-blocker sebelum exam. =)
Pohon doa sahabat-sahabat sekalian. Ma'a taufiq wannajah fi imtihan.
All the best, semua!