Pages

Thursday, May 24, 2007

pantai



Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabbi...

Tuhanku,
ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku,
maafkanlah kejahilan hambamu

ku sering melanggar larangan-Mu
dalam sedar ataupun tidak
ku sering meninggalkan suruhan-Mu
walau sedar aku milik-Mu

bilakah diri ini akan kembali
kepada fitrah sebenar?
pagi ku ingat petang ku alpa
begitulah silih berganti

oh Tuhanku
kau pimpinlah diri ini
yang mendamba cinta-Mu
aku lemah aku jahil
tanpa pimpinan dari-Mu

ku sering berjanji depan-Mu
sering juaku memungkiri
ku pernah mengangis kerana-Mu
kemudian ketawa semula

Kau Pengasih, Kau Penyayang
Kau Pengampun kepada hamba-hamba-Mu
selangkah ku kepada Mu
seribu langkah Kau padaku'

Tuhan,
diri ini tidak layak ke syurga
tapi tidak pula
aku sanggup ke neraka-Mu

ku takut pada-Mu
ku harap jua pada-Mu

mogaku kan selamat
dunia akhirat
seperti Rasul dan Sahabat

Raihan- Damba cinta-Mu