sedikit latar belakang:
road trip kali ni berdestinasikan...
melbourne>sydney>newcastle>canberra>melbourne
durasi musafir : jummaat - ahad , 26 mei-28 mei
persediaan : ilmu bermusafir, iman yg perlu dimantapkan, hati yg perlu dibukakan, mata yg perlu dicelikkan
logistik : Ford Territory(unta kami kali ini), sleeping bag,makanan
misi dan objektif kali ni adalah pelbagai. secara am-nya, merasai hidup bermusafir secara islam, bak kata akhi ,"bila kita berjalan baru kita kenal diri kita(perangai)" dan juga untuk bertemu,berkenal,bermesra,berukhwah dgn sahabat2 se-akidah dekat sekitar Aussie nih. secara peribadinya... mm, banyak dan bersifat peribadi. *sebenarnya masih kabur, ingin membiarkan hati kosong dan melihat dan menilai apa sahaja yg bakal ditempuh. tuangkan gelas air di hati
1. melbourne ke sydney
bertemu di wills court. lebih kurang pukul 9 pm, akhi tiba dgn Ford Territory. mula2 terkejut gak, besor nye, hehe. igtkan naik van jer... sumbat semua dalam "unta" tu, kami pon berderas ke sydney. malam tu aku dok kat seat yg blakang skali, hehe economical class. sedikit penenang hati sebelum berangkat:
Allahumma bika asra'iinu wa 'alayka atawakkalu. Allaahumma dzallil lii shu'uubata amrii wa sahhil 'alayya masyaqqata safarii warzuqnii minal khayri aktsara mim maa athlubu washrif ' annii kulla syarrin. Rabbisyarahlii shadrii wa yassirlii amrii. Allaahumma innii astahfizhuka wa astawdi'uka nafsii wa diinii wa ahlii wa aqaaribii wa kulla maa an'amta 'alayya wa 'alayhim bihi min aakhiratin wa dun-yaa, fahfazhnaa ajma'iina min kulli suu'in yaa kariimu, da'waahum fiihaasubhaanakallahumma wa tahiyyatuhum fitha salaamun, wa aakhiru da'waahum 'anil hamdu lilaahi rabbil ' aalamiiina, wa shallallahu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa'alaa aalihii wa shahbihii wa sallama.
Ertinya : Ya Allah, aku memohon pertolongan-Mu dan kepada-Mu aku menyerahkan diri. Ya Allah, mudahkanlah kesulitan urusanku dan mudahkanlah kesukaran perjalananku, berilah buatku rezeki yang baik dan lebih banyak dari apa yang kuminta. Hindarkanlah dariku segala keburukan. Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala urusanku.
Ya Allah, kumohon pemeliharaan-Mu dan kutitipkan diriku kepada-Mu, agamaku, keluargaku, kerabatku dan semua yang Engkau nikmatkan padaku dan kepada mereka, semenjak dari akhirat dan dunia. Peliharalah kami semua dari keburukan, Ya Allah Yang Maha Mulia.
perjalanan malam, so takde ape sgt yg perlu dilihat. lagi semakin jauh dari melbourne, semakin lengang pemandangan, gelap gelita, sesekali kabus di jalan jadi teman. peluang di ambil utk kenal akhi dgn secukupnya...oooo, org jowo rupenye, jowo kelang...hehe, bagus2...perbincangan kami sekitar isu org jowo,pengajian di uni dan mengenal diri masing2...tak sampai pon lama naik "unta" tu, aku pon tertidor (takde bakat jadik co-pilot btol)
lebih kurang pukul 3 pagi, singgah sebentar dekat stesen petrol (tak pasti nama tempat tu, yg pasti dekat dgn murrumbidgee river) . pertukaran pemandu berlaku...haa, aku jadik co-pilot dan ladha masa tu jadik pilot. bertolaklah kami meneruskan saki baki perjalanan. estimasi waktu tiba ialah awal pagi sabtu. ... sampai di outskirt of sydney, kami berhenti utk sembahyang subuh dan mengambil peluang bersarapan. masa tu roti bi-lo, jem strawbery, sardin dlm tin pon nampak sedap gile. usai makan, terus bergerak ke sydney dgn dimulai dgn almasuurat dlm kereta. terasa basah dan hening di hati.
sampai di sydney lebih kurang 8 pagi, kami terus ke rumah sahabat.sesi ta'aruf yg panjang tapi 'hangat' berlaku, hehe. banyak yg ditahu dan banyak yg diberitahu. isu-isu berkisar tentang perbandingan suasana di melbourne dan sydney.
benarlah kata akhi, kita tak kenal bagaimana elok atau cacatnya rumah kita selagi kita tak keluar dari rumah kita." rumah" dlm konteks kali ini mungkin merujuk pada usaha org yang menyeru pada yg benar,menidakkan yg batil atau mungkin juga biasan imej diri kita. ambillah mana yg suka berkenan di hati. apa yang aku dpt rumuskan dari ta'aruf kali ni:
- pertemuan kerana Allah ,perpisahan kerana Allah dan persahabatan kerana Allah terlalu banyak nilainya. dan percayalah, pertemuan kerana Allah tak diisi dgn bicara2 kosong,lagho dan melalaikan.
- terbit rasa kesedaran betapa kita tidak boleh merasa senang selesa dgn keadaan yg ada. merenung kembali pada sejarah, bagaimana kerajaan abbasiyyah disungkurkan dgn hina oleh bangsa yg secara relatifnya, juga hina, sedang pada waktu itu,kita menguasai dua pertiga dunia.
- sedarlah diri bahawa 'jalan' yg ditempuh ini mmg lama, mmg pahit, mmg susah, tapi pastinya akan boleh berlaku. kita tidak boleh mendesak kerana Allah yg pegang hati manusia-manusia ini. dan fikrah yg ada pada diri insan bukanlah utk dibanggakan,dimegahkan tetapi untuk dikongsikan.
usai sesi ta'aruf , program seterusnya lebih berkisar pada aktiviti-aktiviti makan,bersembang dll. petangnya berkunjung ke rumah petronas students' advisor dan melawat ' siput berhala '(merujuk kpd Sydney Opera House) , wahahaha...adeke patut, hehe,tp tu la nama yg diberi oleh akhi . agaknye betula kot, hehe....
malamnya, perjalanan diteruskan ke newcastle. di dlm hati teringatkan sahabat2 di sydney...kuatkan hati antum semua! ana menyokong di belakang saf antum!
2. sydney ke newcastle
tiba di newcastle dah larut mlm, sesi ta'aruf dimulakan...seperti biasa, input-input dan entri yg diterima berlainan, kerana suasananya berlainan( of course, apela aku ni). apa yg terlintas dlm benak aku ni, sahabat2 di newcastle ni, mcm nak kate, mcm seperated and isolated. bukan la newcastle ni tak best, best je. cuma apenye, susah nak diterangkan, dtgla ke newcastle sendiri, tak rugi!!
rumusan dari sesi kali ni? hmm, kebanyakannya menegaskan apa yang diterima di sydney dan mungkin juga:
- bila wujudnya suasana islamik, bi'ah islamiyyah, dan setiap individu dlm komuniti itu mantap peribadinya, secara tak lansung semua benda dan keputusan yg dibuat dlm komuniti itu pasti jelas matlamatnya, berfaedah, dan timbul rasa manis bekerja dlm jemaah
pastu kami makan!! hehe, rupe-rupenye org newcastle ni pandai-pandai masak. betul... mmg sedap. pastu aku sembang2 jap dan tido kat bilik muhammad huda. penat sgt sampai tak sembang banyak.
3.newcastle ke canberra
lepas subuh hari ahad, kami bertolak ke canberra. aku jadik co-pilot merangkap pembaca peta. baru 1st time ni...terbuat jugak la error, haha, mintak maaf lah yek, bak kata adha, yg ni pun tarbiyah jugak..takpe, ambil pengalaman sebelum winter trip nnt.
tiba di canberra lebih kurang pukul 3. straight ke Australian National University. apa yg aku dpt aku ringkaskan(pengajaran)dari sesi kali ni:
- umat islam perlu peka pada isu masyarakat islam , sifat inquiri pada fakta yg sahih perlu tinggi. media massa mungkin boleh diputar sesuka hati oleh pihak-pihak tertentu.
- dan apa yang kita terima ini perlulah diambil pengajaran, dibuat sebagai peniup semangat utk kita terjemahkan dalam amal kita. jika tidak mcm la dgr cerite kosong je.
hmm, kat sini jumpa sahabat2 intec dulu...hehe , eizaz ...rambut ko, panjang siot...haha...
petangnya kami terus berderas balik ke melbourne . aku banyak diam sebab mase tu masih muhasabah dan koreksi diri utk mana yg perlu diubah,dibuang,dikemaskinikan,dihiaskan. perjalanan balik aku penuhi dgn bermenung,makan dan bacaan alquran.antara ayat2 yg mungkin menjadi tema aku sepanjang bermusafir ini:
bismillahirrahman-irrahim..
- "apakah kamu tidak melihat,bahawasanya Allah menurunkan air dari langit,lalu jadilah bumi itu hijau?sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui" (22:63)
- "dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?"(21:30)
- "dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung"(17:37)
- "sesungguhnya Tuhanmu,Dialah yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya;dan Dialah yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(68:7)
- "sesunggunya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."(94:6)
sadaqallahul'azim...wallahua'alam..