Pages

Friday, June 22, 2012

Mrauk U

Aku rasa, garis halus yang memisahkan antara 'balas dendam' dan 'belajar dari kesilapan' adalah - niat.

Halus sekali.

Peliharalah.



.

Saturday, June 09, 2012

Tuan Ramlan; Salut-tiga-jari!

Dulu, waktu perkhemahan pengakap sekolah rendah, antara aktiviti yang aku benci adalah pemeriksaan kawasan khemah pada hari terakhir. Sebab, ada saja yang tak kena pada mata pemeriksa. Ada saja modal untuk mendenda.

Pasal kebersihan itu tak mengapa, biasanya semua orang sedar nak buat. Tapi ada satu bab yang biasanya orang terlepas pandang -periuk belanga kena dipastikan licin berkilat.

Bersebab sebenarnya. Alat-alat memasak memang susah nak dipastikan bersih. Benda-benda tu memang guna sepanjang masa. Tak guna basuh awal-awal. Contoh; cerek air; sentri malam akan sentiasa buat air panas berkole-kole dan berteko-teko, paling tidak pun malam sebelum hari inspection

Yang paling susah adalah jelaga karbon pada permukaan bawah. Biasanya masak pakai kayu, atau tempurung, jadi jelaganya lagi degil berbanding dengan jelaga dapur rumah.

Kalau tak sental, biasanya pemeriksa akan calit jelaga tu kat muka. Waktu sekolah rendah, hukuman tu dah tak terperi gerunnya. 

Tak ada heronya kena denda macam tu. Biasanya, budak-budak meleleh air mata menahan malu waktu muka dipalit jelaga.


....Bila fikir-fikir balik, benda ni sebenarnya berbekas dalam hati.

Hati ini sememangnya jarang dijenguk, dibelek dan diteliti. Entahkan elok entahkan tidak. 

Karat dan debu dan segala macam lagi entah dah tebal mana. Dibiarkan; bertambah teruk. Dibersihkan; jerih sekali. Tapi perlu dibuat. Setiap masa.

Takut-takut, tak sempat nak berkilat waktu hari inspection nanti. Kantoi.

Carilah penyudah yang terbaik. Kerana kita tak tahu waktunya bila.

Kejar husnul-khatimah.


Friday, June 01, 2012

Hidup untuk sehari

"Nasib yang terbaik adalah mereka yg tidak pernah dilahirkan.

Yg kedua, mereka yg mati muda.

Dan yg tersial adalah mereka yg mati tua.

Maka beruntunglah mereka yg mati muda.

Makhluk kecil; kembalilah engkau dari tiada ke tiada.

Berbahagialah engkau dlm ketiadaan-mu"


Catatan Seorang Demonstran - SHG

Thursday, May 31, 2012

Kuda perang

Gallardo - paling buas

Bucephalus - paling laju

Von Richtofen - paling taat

Wednesday, May 30, 2012

Ayam Brand. TM

Hujung minggu lepas, aku jadi tukang 'moderate' satu usrah gabungan di rumah X.

Masuk-masuk ruang tamu, aku ternampak satu artikel dekat tempat aku duduk. Selak-selak, aku baca tajuk dia:


"Usrah Cap Ayam"


Pergh, boleh tahan 'laser' budak-budak ni...

Tuesday, May 29, 2012

Daun keladi

Sebenarnya, aku agak keliru untuk menentukan garis pemisah antara rationalization dan indoctrination dalam pembawaan sesebuah idea atau ideologi oleh sesebuah kumpulan/jemaah.

Pun begitu, aku percaya, dialog adalah jalan terbaik. Kerana aku percaya, meraikan sisi rohani lebih penting dari segala-galanya kala kita berbincang. 

Ramai orang kata, kita kena berbincang dengan seseorang itu sesuai dengan tahap pemikirannya, tetapi yang banyak aku lihat, kita dengan sengaja lebih suka merendah-rendahkan aras intelektual dalam hampir semua perbahasan kita. Kita membuat assumption berdasarkan perkara-perkara yang sangat superficial, tanpa lebih dahulu menganalisa dengan lebih mendalam. Contoh, menghubungkaitkan pekerjaan/profesion/bidang pengajian dengan laras pemikiran. Aku cukup bangkang. Aku tidak nampak sebarang persamaan linear di situ.

Saranan aku; hadapilah manusia dengan kasih sayang. Prejudis tidak akan membawa ke mana.






Kenapa daun keladi? 






Thursday, May 24, 2012

breaking bad news

Semalam aku balik lebih kurang pukul 2pagi (waktu tempatan), shift aku sebenarnya tamat pukul 11 mlm. Ada beberapa kes yg agak rumit. 

Salah satu daripadanya memerlukan hampir 3,4 jam untuk dirungkai satu per satu. Datang dengan beberapa simptom yang tidak spesifik, satu ujian makmal membawa kepada satu ujian makmal yang lain, akhirnya membawa kepada teknik pengimejan radiologi. Subhanallah, ada pendarahan besar di otak! Kelam kabut habaq hang. 

Tapi, prognosis tak berapa baik. Pendarahan bukannya pendarahan strok - haemorrhagic stroke -  yang tipikal, kata pakar bedah saraf yg dihubungi melalui telefon dan emel; lebih mcm pendarahan kanser yg tak diketahui lagi sumber primernya. 

Bayangkan perasaan ketika mahu menjelaskan semua ini kepada keluarga pesakit. Oh, tak...bayangkan perasaan keluarga pesakit itu.

Allahu Allah. Kepada Mu jualah segala hidup ini berserah.

Saturday, May 12, 2012

Lelah

Kena lebih banyak membaca. Kena!

Friday, May 04, 2012

Kembali

Atas beberapa sebab dan tolakan, aku kini kembali aktif untuk meneroka lagi isu-isu berikut;

1) Melayu dan Islam dari sudut sejarah dan antropologi,

2) Melayu dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia; sejauh mana Perkara 160(2) ditafsirkan dlm pengamalan undang-undang di Msia dan di dlm masyarakat umumnya

3) Guru-guru Melayu pra Merdeka; apa peranan mereka dlm membentuk landskap politik budaya dan sosial masyarakat Melayu.

Sayang, sumber banyak di tanah air, hanya bergantung kpd sumber elektronik dan wawancara dgn ahli yg berkenaan.

Tujuan? Sekadar usaha kecil utk lebih memahami beberapa persoalan penting mutakhir ini. Mohon doanya.




# '... Give me a cause, give me a problem' - Sherlock Holmes


Thursday, May 03, 2012

Hadji Murad

Sedang menghabiskan Novel 'Hadji Murad' karangan penulis Rusia; Leo Tolstoy.

Harap-harapnya boleh habis. Kadar pembacaan aku sgt perlahan. Dua tiga perenggan dah layu biji mata.

Dilemma. Dua jalan.

Tuesday, April 17, 2012

Mau muafakat?

Asam di laut, garam di darat; dalam periuk, bikin muafakat.

Rindu asam pedas ikan pari dan kari ikan bawal bonda.

Arghh. Agak misi-mustahil nak cari barang-barang tu kat sini.

Thursday, April 12, 2012

Juggling things

"It's your call. You decide."

"Hmm..."

"It's OK, whatever it is, we got your back.You confident?"

"...I am. Let's do it"






Me: Best.

Confidence level: Ceiling.

Sunday, April 08, 2012

Brace yourself


for the Winter is coming.

Time to stock up Nurofen, Paracetamol and other meds.


Thursday, April 05, 2012

Lagu


Getaran jiwa melanda hatiku 
Tersusun nada, irama dan lagu 
Walau hanya sederhana 
Tetapi tak mengapa

Moga dapat membangkitkan 
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang 
Irama dan lagu 
Bagaikan kembang 
Sentiasa bermadu

Andai dipisah lagu dan irama 
Lemah tiada berjiwa... hampa



Getaran Jiwa - Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh

Sunday, April 01, 2012

Sana dan sini

Malam ini aku rasa melankolik. Belum bertemu dengan sebabnya. Tapi tak mengapa, sebab melankolik yang tenang. Jarang. Selalunya mesti nostalgik, takpun kelelahan.

Malam ini aku lihat langit cerah, kelihatan begitu optimis, penuh dengan harap dan janji. Aku rasa nak melompat ke hadapan, tak sabar menunggu hari esok.

Malam ini juga aku banyak menghitung, banyak mencongak, banyak merancang. Moga dipermudahkan. Moga diberikan petunjuk akan jalan-jalanNya.

=)

Mm, tadi aku masak ikan salmon. Tak masak sebenarnya, panaskan ketuhar dan biarkan terpanggang. Makan sambil gelak-gelak dengan teman rumah. Esok masing-masing kerja. Jadi lepas makan, masing-masing masuk bilik. Tidur. Aku cuba tidur. Tak dapat, dan akhirnya aku buat keputusan untuk menulis. Menulis dgn telefon bimbit, jd entri kali ini mmg tak kemas dan berterabur.

Aku rasa bulan 7 ini nak balik Malaysia. Jenguk keluarga. Dan buat persiapan mana yang boleh.

Besar kemungkinan bulan 2 tahun depan.

=)

Tinggal 4 jam lagi untuk aku tidur. Ok lah, selamat malam dunia.

Tidur, dan kumpul kekuatan untuk hari esok.

Salam.

Sunday, March 25, 2012

Ketuk pintu bilik hujung, Mustafa...

Esok aku masuk rotation baru. Alhamdulillah, General Medicine dah pass.

Esok Emergency Medicine, M10.

Kebabom!





# Tahniah Dr. Hairuladha dan isteri atas kelahiran anak sulung mereka. Untuk anak yang baru lahir ini, kalau ada satu sifat yang boleh diwarisi dari ayahandamu, ia adalah; terus berusaha tanpa mengenal erti kalah.






.

Friday, March 23, 2012

Sama tapi tak serupa.

Kerajaan dan Government.

Raja dan Tadbir.

Kan beza tu.


#bahasa. lebih dari sekadar perkataan.

Saturday, March 17, 2012

.

Conscious, aware.

Aku hanya dapat padankan perkataan 'sedar' untuk kedua-dua perkataan Inggeris di atas.

Maksud yang berbeza, context juga berbeza.



Wednesday, March 14, 2012

Weltenschaung

Ramai orang menganggap fakta adalah azimat sakti ketika berhujah. Aku rasa, yang lebih power dari itu adalah - perspektif.

Perspektif lahir dari fitrah.

Fitrah adalah terbina dan dibina.

Thursday, March 08, 2012

Untuk Cikgu Fathiah Abd Rashid

Al-Fatihah dan doa.

Sedihnya hati ini, Tuhan saja yang tahu.