Asam di laut, garam di darat; dalam periuk, bikin muafakat.
Rindu asam pedas ikan pari dan kari ikan bawal bonda.
Arghh. Agak misi-mustahil nak cari barang-barang tu kat sini.
Tuesday, April 17, 2012
Thursday, April 12, 2012
Juggling things
"It's your call. You decide."
"Hmm..."
"It's OK, whatever it is, we got your back.You confident?"
"...I am. Let's do it"
Me: Best.
Confidence level: Ceiling.
"Hmm..."
"It's OK, whatever it is, we got your back.You confident?"
"...I am. Let's do it"
Me: Best.
Confidence level: Ceiling.
Sunday, April 08, 2012
Thursday, April 05, 2012
Lagu
Getaran jiwa melanda hatiku
Tersusun nada, irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa... hampa
Getaran Jiwa - Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
Sunday, April 01, 2012
Sana dan sini
Malam ini aku rasa melankolik. Belum bertemu dengan sebabnya. Tapi tak mengapa, sebab melankolik yang tenang. Jarang. Selalunya mesti nostalgik, takpun kelelahan.
Malam ini aku lihat langit cerah, kelihatan begitu optimis, penuh dengan harap dan janji. Aku rasa nak melompat ke hadapan, tak sabar menunggu hari esok.
Malam ini juga aku banyak menghitung, banyak mencongak, banyak merancang. Moga dipermudahkan. Moga diberikan petunjuk akan jalan-jalanNya.
=)
Mm, tadi aku masak ikan salmon. Tak masak sebenarnya, panaskan ketuhar dan biarkan terpanggang. Makan sambil gelak-gelak dengan teman rumah. Esok masing-masing kerja. Jadi lepas makan, masing-masing masuk bilik. Tidur. Aku cuba tidur. Tak dapat, dan akhirnya aku buat keputusan untuk menulis. Menulis dgn telefon bimbit, jd entri kali ini mmg tak kemas dan berterabur.
Aku rasa bulan 7 ini nak balik Malaysia. Jenguk keluarga. Dan buat persiapan mana yang boleh.
Besar kemungkinan bulan 2 tahun depan.
=)
Tinggal 4 jam lagi untuk aku tidur. Ok lah, selamat malam dunia.
Tidur, dan kumpul kekuatan untuk hari esok.
Salam.
Sunday, March 25, 2012
Ketuk pintu bilik hujung, Mustafa...
Esok aku masuk rotation baru. Alhamdulillah, General Medicine dah pass.
Esok Emergency Medicine, M10.
Kebabom!
# Tahniah Dr. Hairuladha dan isteri atas kelahiran anak sulung mereka. Untuk anak yang baru lahir ini, kalau ada satu sifat yang boleh diwarisi dari ayahandamu, ia adalah; terus berusaha tanpa mengenal erti kalah.
.
Friday, March 23, 2012
Sama tapi tak serupa.
Kerajaan dan Government.
Raja dan Tadbir.
Kan beza tu.
#bahasa. lebih dari sekadar perkataan.
Raja dan Tadbir.
Kan beza tu.
#bahasa. lebih dari sekadar perkataan.
Saturday, March 17, 2012
.
Conscious, aware.
Aku hanya dapat padankan perkataan 'sedar' untuk kedua-dua perkataan Inggeris di atas.
Maksud yang berbeza, context juga berbeza.
Wednesday, March 14, 2012
Weltenschaung
Ramai orang menganggap fakta adalah azimat sakti ketika berhujah. Aku rasa, yang lebih power dari itu adalah - perspektif.
Perspektif lahir dari fitrah.
Fitrah adalah terbina dan dibina.
Thursday, March 08, 2012
Hobart
Hujung minggu lepas, atas kelolaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) caw. Victoria, aku pergi ke Tasmania bersama beberapa orang rakan. Lawatan sosial dan meninjau aktiviti komuniti Muslim di Hobart dan Launceston, dan juga komuniti mahasiswa/i Melayu Muslim di sana.
- Walaupun bilangan pelajar di sini adalah secara relatifnya sedikit, komunitinya adalah antara yang paling 'close-knit' yang pernah aku temui di Australia. Tidak ada persatuan rasmi lagi, kebanyakannya berpayungkan Kelab Melayu Tasmania yang persatuannya tidak pernah didaftarkan di mana-manapun.
- Ada Imam Melayu di masjid Hobart. Imam Sabri namanya, berdarah Jawa dan berasal dari Selangor. Berkesempatan untuk bersembang panjang dengan beliau usai solat Maghrib tempoh hari. Terkejut juga apabila beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia selepas 44 tahun menetap di Hobart. Barangkali benar - Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri...
- Bentuk muka bumi Hobart agak unik, berbukit-bukau. Memang aku respect mahasiswa/i yang mengayuh basikal untuk ke kelas sehari-hari.
- Aku puji dan tabik usaha komuniti mahasiswa/i Melayu di sini yang secara sukarela menganjurkan 'Madrasah' - semacam suatu kelas keagamaan pada setiap hari Ahad di masjid Hobart untuk anak-anak Muslim di sini. Walaupun secara sukarela, pentadbirannya tersusun dan kurikulumnya bersilibus - Tilawah, Hafazan, Ibadah, Sirah/Fiqh/Tauhid . Kebanyakan mereka merupakan second generation of migrants dari Albania, Somalia, Malaysia dan lain-lain, dan berani aku katakan bahawa jikalau bukan kerana usaha mereka ini, belum tentu anak-anak ini mampu untuk mengenal Al-Quran apatah lagi membacanya. Allahu-akbar. Syabas dan teruskan!
- Aku rasa, orang putih Tasmania adalah definisi orang putih Australia sebenar. hehh..
Kata orang, yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Barangkali kerana keterasingan bumi Hobart ini menyebabkan atmosferanya unik. Kepada mereka di sana, teruskan usaha murnia kalian, moga Allah SWT ganjari usaha kalian.
Wednesday, February 22, 2012
Dark clouds
Most of my patients are quite aged and, inevitably, frail with myriads of potential life-threatening conditions. Every day, after my shift is over, I found myself finger-crossed, hoping that nothing will happen overnight and that I could see them again tomorrow and discharge them soon. Receiving handover reports of patient passed away from the night-cover doctor; not a nice experience, and definitely not the first thing you want to hear in the morning.
To cure; sometimes.
To comfort; always.
Oh well, life goes on.
Sunday, February 19, 2012
.
"If you don't like seeing patients, then perhaps you don't like doing medicine at all..." Dr. R
Perhaps.
Subhanallah. Tajdid niat.
Perhaps.
Subhanallah. Tajdid niat.
Tuesday, February 14, 2012
Al-fatihah.
Al-fatihah untuk Allahyarham Mat Sagar, bapa kepada tunang saya, Siti Saliza Bt Mat Sagar.
Moga ruhnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh.
Kepada Cik Siti Saliza sekeluarga, tabahkan hati, teruskan berdoa dan beramal soleh, kerana sesungguhnya doa dan amal anak-anak yang soleh dan solehah itu tidak putus-putus memberi pahala kepada ibu bapa, di dunia dan di alam sana.
***
# mempertimbangkan untuk balik berkerja di Malaysia tahun depan.
Mohon hidayahNya.
Monday, February 06, 2012
Menu klasik
Menu klasik makan malam hari ini:
Nasi putih.
Kepak ayam goreng kunyit.
Sup telur dan sayur.
Makanan hidang panas. Home-made.
Tadaa..
Sekian dari bujang Malaya,
Dr. Fitri, Dr. Adam.
Nasi putih.
Kepak ayam goreng kunyit.
Sup telur dan sayur.
Makanan hidang panas. Home-made.
Tadaa..
Sekian dari bujang Malaya,
Dr. Fitri, Dr. Adam.
Sunday, February 05, 2012
Let's go!
I guess, my mission now is to prove that I deserve what I've earned.
To Allah SWT, to Ummah. InshaAllah.
Allahu ghayahtuna.
Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ala dinik wa ta'atiq.
.
To Allah SWT, to Ummah. InshaAllah.
Allahu ghayahtuna.
Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ala dinik wa ta'atiq.
.
Friday, February 03, 2012
Thursday, February 02, 2012
Khyber Pass
This moment deserves an entry on its own.
Should I continue, or should I go back.
Not too late.
Or is it too early?
Dear God, help me.
Should I continue, or should I go back.
Not too late.
Or is it too early?
Dear God, help me.
Tuesday, January 31, 2012
Untuk Mariam, Laila, Aziza dan Nana
Baru habis membaca buku ' A Thousand Splendid Suns ' karya seorang penulis kelahiran Afghanistan, Khaled Hosseini. Menarik, mengesankan dan engaging. Kekuatan buku ini, pada aku, terletak pada kekuatan ceritanya dan perkembangan dua watak utamanya; Mariam dan Laila.
Mesej buku ini, kalau pada surface, adalah tentang penderitaan wanita Afghanistan lantaran ketragisan perang; yakni ketika Zaman Revolusi, Zaman Penjajahan Soviet, Zaman Rejim Taliban dan Zaman Pendudukan Tentera AS. Tetapi, sewaktu aku menyelak muka terakhir dalam novel ini, aku insaf akan suatu hikmah ini; bahawa manusia yang keji akan memberi apa sahaja dalil, bahkan agamanya (atau, kadang-kadang, terutama sekali agamanya), untuk merasionalkan nafs mereka.
Itu di Afghanistan. Bagaimana pula keadaan di bumiku?
Aku pejam mata dengan membayangkan imej ini; The proverbial 'menutup bangkai seekor gajah dengan sehelai daun'.
Dan manusia-manusia sekeliling melihat keadaan itu dengan sepasang binokular, menghala tepat ke arah daun itu, dan berkatalah mereka "Sesungguhnya apa yang aku lihat hanyalah sehijau warna daun. Bergembiralah, tiada apa yang perlu dikhuatirkan".
Aku buka mata dengan perasaan jijik dan penuh kebencian.
Marilah kita gerakkan tulang empat kerat ini, kerana banyak lagi yang perlu dibuat.
Friday, January 20, 2012
Tahun Naga
Tadi aku kemaskan akaun peribadi, dan buat pelan financial untuk tahun 2012. Aku tahu dah terlambat, tapi pelan terpaksa ditangguhkan sebab tak pasti lagi gaji dapat berapa.
Kesimpulan?
2012 - Tahun Ikat Perut.
Jadi slim macam naga cina pun ok.
Kesimpulan?
2012 - Tahun Ikat Perut.
Jadi slim macam naga cina pun ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)


