Pages

Thursday, June 25, 2009

Blog

Blogging dah menjadi satu fenomena, mungkin dah lama sebenarnya, cuma aku yang lambat perasan. Hampir 1/3 rakan-rakanku punyai paling kurang sebuah blog. Aktif tak aktif itu cerita lain.

Kenapa blog? Ada apa dengan blog?

Aku teringat seorang sahabat pernah berkata "awak (ya, dia guna awak) tak rasa macam awak membuka cerita awak pada orang ramai untuk baca? Tak segan ke?"

Bagi aku, semuanya bergantung kepada niat masing-masing, kenapa dan untuk apa dia berblog. Salah satu tabiat manusia ialah ia mahu meluahkan perasaan. Caranya berbeza-beza. Mereka yang lebih vocal dan outspoken akan meluahkan apa yang terbuku di hati time tu jugak, apa nak jadi, jadi, lain belakang kira, jangan pandang belakang beb. Dan, di satu penghujung spektrum pula, orang yang ingin meluahkan perasaan tetapi sudah putus harapan pada apa-apa, mungkin memilih untuk bunuh diri sebagai satu manifestation atau testimony apa yang terbuku di hati. Ada pula orang memilih untuk meluahkan perasaan melalui perkataan...

Bidang psikiatri, walaupun aku tidaklah berminat sangat, banyak mengajar aku mengenal bagaimana manusia berfungsi secara holistic (menyeluruh, kebelakaan). Bagaimana benda-benda zahir dan fizik sebagai cermin apa yang sedang bergelora di dalam ruh, atau perasaan. Bagaimana hendak mengenal sifat-sifat manusia yang dapat diterjemahkan sebagai defensive mechanism kepada kekurangan atau kecacatan sifat peribadi. Bagaimana hendak menilai sejauh mana insan itu boleh handle atau cope kepada stressor yang dialami. Dan bermacam-macam lagi.

Jika diimbas secara sekali lalu, secara amnya, aku suka untuk melihat semua ini dalam suatu bentuk rumus, atau persamaan, an equation. Begini:
Duh, common sense!

Ya, aku tau, memang common sense, tidak perlulah seorang saintis roket untuk menerbitkan rumus ini (kenapa saintis roket?).

Tetapi, yang common sense, yang basic inilah yang selalu kita lupa, saudara-saudari sekelian (termasuklah yang menulis ini). Manusia, kecuali yang maksum, tidak terlepas dari melakukan sebarang kesalahan, dari terus menerus diburu oleh seribu satu masalah. Dan, memang, manusia apabila dikenakan suatu stressor, dia akan bertindakbalas. Apakah tindakbalas, reaction itu ke arah positif atau negatif, tepuk dada, tanya iman.

Tetapi, amat malanglah jika kita sendiri tidak dapat mengenal pasti sikap dan perangai peribadi. Amat malanglah jika kita sendiri tidak sedar reaction kita terhadap masalah yang kita hadapi itu sebenarnya suatu reaction yang negatif, yang counter-productive. Nah, disinilah peri pentingnya pengaruh elemen-elemen lain, i.e. pengaruh sekeliling, ilmu dan natural instinct. Elemen-elemen inilah, jika di'sekolah'kan dan di'ajar'kan dengan betul, mampu menolong kita saatnya dinding pertahanan diri mulai runtuh.

Tidak ada indahnya dengan proses 'menyekolahkan' atau 'mendidik' elemen-elemen ini, tidak ada senangnya untuk memastikan bahawa instinct kita akan memilih benda yang positif jika berhadapan dengan situasi kritikal, penuh dengan tekanan. Proses ini bukan berlaku overnight, bukan seminit dua, tapi memakan masa. Mungkin ada yang patah semangat ditengah-tengah jalan, relapse, dan ada yang bangkit semula.

Tetapi, walau dibayangi dengan pelbagai kepayahan dan perit jerih, aku rasa (personal opinion ni) inilah yang perlu kita lakukan. Kita, tidak dapat tidak, akan menjadi semakin dewasa, mula dibebani dengan komitmen-komitmen lain, dengan expectation to perform. Makin kita menjalani titi usia, makin kita perlu melakukan keputusan yang berat-berat, makin kita teliti dengan setiap keputusan diambil, makin kita pesimis dan bukan optimis.

Menyeramkan? Inilah usia dewasa. Sebab itu barangkali usia muda 'rumaja' dikatakan sebagai usia keseronokan. Kita lebih optimis barangkali, dan sebarang keputusan yang kita ambil, kita tidak perlu menghadapi akibatnya secara lansung; kita tidak boleh dihukum gantung, buat salah mak bapak punya nama yang kena "Hei, anak sapaaa ni? Loqlaq betui!". Oleh itu, ape de hal, buat salah pun takde apa-apa, layan je la!

Tetapi, seperti yang dikatakan diatas, elemen-elemen seperti instinct, ilmu, suasana perlu di'asah' sejak dari umur ini lagi. Aku rasa, being an adult is being accountable to any of our action, seperti juga yang Dr Nada cakapkan dulu ".. it's what the person does in self-defense and cara orang tu selesaikan masalah". Bukannya semata-mata bertukar dari Kiki-Lala kepada Levi's =)

Tidak ada indahnya, tidak ada seronoknya meninggalkan semua ini, lebih-lebih lagi pada usia ini. Sebab itulah rasanya, antara 7 golongan manusia yang mendapat naungan di hari akhirat ialah pemuda yang hatinya sentiasa mengingati Allah (Rujuk Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah). Barangkali susah menghadapi ujian ini, barangkali ini golongan cemerlang, golongan berharga kepada agama, bangsa dan negara.

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(Al mu'minuun: 115)


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (al-ankabuut:2)

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (al-ankabuut:3)


Er, apa kena mengena blog dengan benda yang aku bebelkan ini?

Sunday, June 21, 2009

=)


"Excuse me, do you speak English?"

"No, I don't, sorry...No, not a word..I wish I had paid more attention in school..."

"English?...No....No, I'm sorry, I don't understand it at all"

"Ich spreche ein biβchen Deutsch. Sprechen Sie Deutsch?

"Deutsch? Nein...Sprichst du Deutsch?"

"Deutsch? Nein...nür ein, zwei worte..."
"Hey, you'll never know, next time you over, maybe we would have learned a little bit English for you"

"
Ja, oder Deutsch vielleicht..."

Wednesday, June 17, 2009

-_-

Pesakit 1.

"Apa ni doktor, lambat sangat menunggu ni apa hal? Kami semua ada kerja la, doc. Bukannya kami free satu hari nak jumpa doktor ni. Dari pagi saya tunggu, tengah hari baru boleh jumpa, cepatlah sikit kalau ye pon. Jangan buat orang marah menunggu-nunggu...."

Pesakit 2.

"Aik, dah ? Tunggu sikit punya lama, sekali dapat jumpa, tak sampai 5 minit je ? Apa ni, takkan menunggu berjam-jam semata-mata nak jumpa 5 minit je. Ingat kami ni menagih simpati ke doktor ? Kami bayar la ! ...."


Haih, saya yang sedia berkhidmat.

Fitri ezwan...

Sunday, June 14, 2009

I stand to be corrected

Kemelut dan polemik berpersatuan adalah bukan suatu perkara baru. Kecelaruan, seperti dikatakan oleh sesetengah pihak, bukan hanya terhad kepada hubungan inter-persatuan malah tidak salah dikatakan ianya juga 'wabak' dalam intra-persatuan. Lihat saja pada mesyuarat agung dan tahunan, tentu ada Team A atau Team B, Masing-masing, walau dengan muka manis dan berjabat salam mesra, menilai dalam hati, "dia ini orang A, ini orang B". Ini baru intra-persatuan, kalau inter-persatuan apatah lagi, bahkan mungkin tiada lagi senyuman, malangnya.

Aku bukanlah seorang yang lama dan 'seasoned' dalam perkara persatuan ini, bahkan, insyaAllah, aku tidak akan mengatakan aku ni orang senior sampai bila-bila. Ancora imparo - I'm still a learning, seperti yang tertera pada motto universitiku. Ini adalah pandanganku, (sepertimana tulisan-tulisanku sebelum ini) dan hanya valid untuk diambil dan dipertimbangkan sebagai pandangan peribadi, tidak mewakili apa-apa, dan, di dalam strata evidence hierarchy, adalah yang paling bawah sekali -personal opinion. Boleh dibuang dan dimasukkan ke dalam liang sampah kalau bertentangan dengan evidence yang lebih thiqah, atau berasal dari undisputed credible resources.

Berpersatuan, sepertimana yang aku fahami, adalah tidak lebih daripada suatu himpunan manusia untuk mencapai satu objektif yang sama, didesak dan didorong oleh suatu keperluan atau permasalahan yang diperakui wujud oleh setiap ahli. Oleh itu, 3 elemen ini sangat penting dalam menentukan kemandirian, survivality, persatuan itu - orang berkumpul, ada objektif, ada keperluan untuk berpersatuan.

Manusia adalah makhluk pencari kepastian. Manusia adalah makhluk yang tidak tegar berpijak di bumi yang goyah dan merekah, yang segera mencapai akar pokok yang menjalar tika saatnya tebing yang dipijak dirasakan mulai runtuh. Analogi ringkas ini, aku fikir, boleh menghuraikan apa yang aku fahami dengan jelas.

akar pokok = persatuan

tebing mulai runtuh = keperluan berpersatuan

bergayut pada akar supaya tidak ikut runtuh bersama tebing = objektif persatuan

Jadi, jika anda reseptif terhadap analogi ringkas ini, maka, katakanlah, jika ada salah satu aspek ini tidak wujud, maka rasional untuk berpersatuan itu sudah tidak lagi wujud. Apa perlunya bergayut pada pokok sekiranya kita tidak fikir, atau tidak sedar yang tebing itu mulai runtuh? Apa perlunya persatuan, jika kita tidak ingin pun selamat dari runtuh bersama-sama tebing ke dalam jurang yang dalam?

Tetapi, malangnya, dan memang lumrah, bukan semua ahli persatuan benar-benar faham dan jelas tentang isu ini. Bukan semua, mungkin ada dikalangan mereka merupakan ahli biasa, ahli jawatan kuasa dan malang sekali, tetapi tidak mustahil untuk berlaku, dikalangan badan pemimpin! Maka, tidak hairanlah jika wujud haluan-haluan atau 'ideologi-idealogi' minor yang berbeza. Tetapi, mohon jasa baik pembaca sekalian, untuk mengambil huraian ini sebagai penjelasan mengapa 'terjadinya' perbezaan dan bukan hujah penulis untuk 'merasionalkan' atau 'mewajarkan' perbezaan.

Persatuan adalah suatu lokomotif himpunan manusia, yang bahan bakarnya adalah semangat dan jatidiri ahli-ahli persatuan, yang kemudiannya dipandu berdasarkan kepercayaan yang dianuti. Apakah salah laku ahli-ahli boleh dikira sebagai cermin kepada kepercayaan yang dianuti mereka? Apakah salah faham yang berlaku dikalangan ahli-ahli boleh diakui sebagai apa yang 'diajar' oleh fahaman itu? Apakah senioriti mewajarkan bai'ah ta'at setia dan merasionalkan 'kebenaran' mereka?

Tetapi, pembaca sekalian, perkara-perkara inilah - walau kita cuba bersungguh-sungguh menafikan dari sudut mana pun - yang dinilai oleh orang ramai terhadap persatuan-persatuan ini. Perbalahan dan kecelaruan hasil ta'asub yang disemai didalam hati dan dizahirkan oleh hujah-hujah yang dogmatik dan ditunjangi oleh perasaan narsisistik telah merumitkan keadaan, sehingga kita, malangnya, terpesong dari tujuan utama persatuan; yakni menyedarkan khalayak bahawa tebing tempat berpijaknya kaki-kaki ini sudah mulai runtuh!

Jika kita, berada di tepi tebing itu, dalam memilih-milih akar untuk dijadikan tempat berpaut, adalah wajar untuk kita memilih akar yang kelihatan lebih 'kukuh'. Apakah akar yang kelihatan kukuh itu benar-benar mencengkam jauh ke dasar bumi, kita tidak akan tahu selagi tidak berpaut. Begitulah juga dengan khalayak ramai, persatuan yang menerampilkan imej yang lebih 'meyakinkan' dalam kotak fikiran mereka itulah yang mereka ambil. Apakah persatuan itu betul-betul 'benar', mereka sendiri pun barangkali tidak boleh menjawab.

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
As-shaff: 10

Apa yang dilihat oleh khalayak ialah 'produk' yang cuba diniagakan oleh persatuan itu. Maka, apakah salah khalayak jika mereka memilih 'produk' yang pada mereka lebih meyakinkan? Juga, bukankah lebih elok jika persatuan itu cuba 'memperelokkan' produk mereka agar lebih laris daripada menggunakan strategi mengecam produk orang lain?

Tetapi, pembaca yang budiman, akhir sekali, in the end of the day, aku percaya, soalnya kembali kepada yang pokok, yang asas, yang paling ringkas; untuk apa kita melakukan semua ini? Tanyalah kepada diri pada setiap masa, mengapakah aku buat semua ini? Apa yang aku ingin capai? Apa yang aku bawa? Apakah aku berbangga dengan banyaknya angka-angka ahli yang telah aku kumpul? apakah aku melakukan ini kerana ingin pujian dan kemasyuran sebagai pendakwah serba boleh yang tiada tolok bandingnya?

Jawablah dengan hati, para pembaca yang budiman.

Al Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.
Al-jaatsiyah: 20

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (beriman), agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu, mereka membuang muka mereka dan kamu lihat mereka berpaling sedang mereka menyombongkan diri.
Al-Munafiquun: 5

Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar
Al-Hujuraat: 3

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat
Al-Hujuraat: 10

Apa yang penting? Kerjasama... =)

I stand to be corrected, wallahua'alam

Wednesday, June 10, 2009

Cinta seorang badut

Kelakar. Badut bercinta?


Badut bercinta kepada siapa, itu dia punya pasal. Badut sendiri sedar, bahawa cintanya, atau apa-apapun yang dikatanya, orang takkan ambil kisah, takkan ambil pusing. Cakap badut tidak boleh dipercaya, tidak boleh diambil serius. Badut main-main.


Tetapi badut juga manusia, dan badut juga seorang lelaki. Sampai saatnya, dia ingin merasa dikasihi, dan juga ingin mengasihi. Ingin merasa diperlukan, ingin merasa memerlukan.


Badut senyum di hadapan cermin meja solek. Dan badut tergelak terbahak-bahak. Bukan apa, sebentar tadi mukanya masam, tapi dek solekan “senyum” dibibirnya yang begitu ketara dan hiperbola, dia masih kelihatan senyum. Buatlah eksperesi manapun, dia tetap ceria. Ceria untuk menceriakan hati insan-insan yang dirasuk hiba, digundah gulana. Ceria untuk memujuk hati yang merajuk kecewa, bermuram durja.


“haha!”


“hehe!”


“huhuw!”


Derai tawa anak-anak kecil. Usikan-usikan nakalnya memang menjadi dan ditunggu-tunggu.


“Badut, joget! Joget! Yay! Yay! Yay!”


Badut akan berjoget, katanya, tapi dipintanya juga teman berjoget. Dari kalangan hadirin.


Saat dia mencari-cari, matanya terlihat seorang gadis di suatu sudut, memegang seorang budak kecil yang barangkali adiknya (bukan anak, harap-harap la!). Lalu badut pun datang dekat dan meminta izin meminjam adik gadis itu sebagai teman berjoget (walaupun hatinya meronta ingin gadis itu sebenarnya!). Anggukan setuju yang comel dan senyuman ringkas yang menawan dari gadis itu buatkan dia mabuk kepayang. Kalau tak kerana sorakan anak-anak, pasti dia lupa yang dia kena berjoget selepas itu.


Hai gadis, hai gadis…


Joget yang mulanya dirasakan seperti tarian yang membodohkan diri sendiri bertukar perlahan-lahan menjadi tarian ala-ala Shah Rukh Khan dan Kajol.


Jengok ke kanan, jengok ke kiri, main sorok-sorok bawah pokok, guling-guling atas padang. Semuanya dalam pentas fantasinya.


Hai gadis, hai gadis…


Badut sudah mabuk, sudah naik khayal, seperti kena ecstasy! Seperti kena gam!


“joget! joget! Haha!”…..


Performance hari jadi untuk anak seorang tauke balak berkesudahan dengan semua orang gembira, semua orang terhibur. Tauke balak tersenyum gembira. Helaian not RM50 dihulurkan kepada badut berupa tanda terima kasih dan upah. Lain kali, saya panggil lagi, pesan tauke balak yang bermata sepet itu.


Badut balik dengan perasaan khayal. Perasaan cinta yang mengalir dalam darah panasnya sukar dibendung. Badut terus tidur beralaskan bantal lembap yang berkulat dan bermimpikan yang indah-indah, tanpa sikit pun disedarinya yang dia masih lagi berpakaian dan bersolekkan seorang badut.


Badut terus tidur sampai entah pukul berapa…


Azan subuh alunan bilal muda Kampung Kebun Bunga mengikatnya kembali ke alam nyata.


Direnungnya meja solek ditepi katil bujang. Imej wajahnya yang macam jambatan tak siap segera tertera pada retinanya.


Badutkah aku? Akukah badut? Siapa aku?


Siapa yang kau panggil badut! Cakap jangan sebarangan!


Kamulah badut! Dasar tidak tahu diuntung! Berangan mahu puteri kayangan, cerminlah mukamu dahulu!


Apakan daya… tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tak setanding mimpi!


Badut sedar debat angan-angan itu tidak perlu diteruskan. Auditory hallucination yang dialaminya sebentar tadi tidak perlu dilayan, kalau dilayan nanti melarat pula.


Perjalanan ke tandas/bilik air belakang rumah dirasakan begitu lama, walaupun jaraknya cuma sekangkang kera. Dia hairan. Tapi kehairanan itu tidak kekal lama. Dia teringat akan konsep masa. Biasalah, 5 minit berjalan yang diisi dengan fikiran tidak sama dengan 5 minit yang diisi dengan berjalan kosong. 5 minit digunakan untuk makan maggi tidak sama dengan 5 minit menanti air menggelegak untuk masak maggi. 5 minit menanti kekasih dibangku taman bunga yang tidak berangin tidak sama dengan 5 minit dating dengan kekasih di tepi pantai.


Konsep masa begitu abstrak, begitu relatif, angguknya perlahan. Hatinya segera teringatkan konsep masa dalam Teori Relativiti oleh Albert Einstein, si saintis Yahudi yang punya fesyen rambut yang aneh, yang juga ditirunya bulat-bulat untuk watak badutnya itu. Dia juga teringatkan dialog Merovingian yang pekat dalam loghat Perancisnya dalam siri The Matrix : Reloaded “Oh yes, Morpheus, Who has Time? Who has Time?...”


Tapi hatinya lebih cepat teringatkan suatu surah di dalam Muqaddam (Al-quran dia tak sempat baca, sebab masa tingkatan 5 pun dia masih lagi tak pass-pass muqaddam, dan dia malas untuk sambung baca lagi).


“demi masa…” Wal- asr...sesungguhnya manusia kerugian...


Akulah yang rugi, keluhnya sambil cebok air kolah yang sejuk itu. Waktu mandi badut tidak fikir apa-apa, bukan kerana dia malas berfikir, ataupun puas hati dengan diskusi solonya tadi, tapi sebab air terlalu sejuk, dan tandas/bilik air itu tidak ada dinding dan atap yang lengkap, hanya kepingan zink yang sudah berkarat dan berlubang, terdedah kepada angin sejuk. Suasana itu tidak menggalakkan siapa-siapa pun mandi lama-lama. Badut malas nak repair. Apabila ditanya,“alah, siapalah yang hingin sangat mengendap aku mandi?” dengusnya acuh tak acuh.


Sesudah solat subuh, badut kembali teringatkan gadis itu. Hatinya berbelah bahagi, samada haruskah dia teruskan nafsunya mencari gadis itu atau melupakannya, dan mengganggapnya tidak lebih dari satu khayalan yang indah.


Badut sedar, bahawa untuk mencintai dan dicintai adalah salah malah berdosa, baik dari segi ‘professionnya’ juga dari segi masyarakat sosialnya. Gadis itu siapa, badut siapa. Dia anak tauke balak, badut cuma tinggal di teratak yang lantainya berlopak. ‘Kerjayanya’ sebagai badut tidak membenarkan dia punya emotional attachment dengan siapa-siapa, apatah lagi clientnya. Tugas dia adalah supaya appear to the public sebagai orang yang ceria untuk menghiburkan orang sedih, appear sebagai orang yang tiada masalah untuk bantu orang melupakan masalah. Apakah badut benar-benar ceria, apakah badut benar-benar tiada masalah, mampus tiada insan yang peduli, bertuah kalau ada yang ambil tahu.


Alahai… melepas lagi.


Tapi badut sedar, itu bukan salah siapa-siapa. Bukan salah ibu mengandung, kata orang. Bukan juga salah tauke balak mata sepet itu dan pastinya bukan salah gadis manis itu. Tapi egonya tetap ingin melawan balik mengatakan bahawa ini juga bukan salah dia! Tapi dalam hal ini, apakah “salah siapa” yang perlu dicari? Apakah semuanya selesai dengan happy ending and lived happily ever after jika ada pihak yang menanggung kesalahan?


Bukan, badut percaya, itu bukan langkah yang menyelesaikan masalah.


Sebenarnya, bukan kali pertama badut kecewa kerana cinta, bukan kali pertama hatinya remuk kerana kaum hawa. Setiap kali dia inginkan gadis-gadis, setiap kali itu jugalah niatnya dihalang. Ada saja yang nak potong stim. Malah, cintanya dengan Minah gigi rongak pun dihalang kaum kerabatnya yang entah dari mana mengaku keturunan kerabat diraja minangkabau. “ekau, jang oi, tak samo taraf dongan eden. Mano den nak taruk muko den ni haa kalau dapek monantu kojo badot? Mano pulak ekau nak cari duet nak bagi anak bini kau makan nanti haa?” kata bapak Minah gigi rongak dengan selamba dan confidentnya.


Sampai hati orang tua itu, sampai hati…


Ingin juga diperlinya orang tua itu, ketika keluar rumah Minah gigi rongak dengan satu ungkapan orang Minang(walaupun dia bukan orang minang);


"Tak ada ranggas ditanjung
Cuma nak ampaian kain
Tak ada emas dikandung (kalau awak tidak ada emas/kemewahan)
Dunsanak jadi rang lain" (anak gadis jadi milik orang lain).


tapi niatnya itu segera dibatalkan, sebab belum tentu mereka itu, walaupun mengaku kerabat diraja Minang, tahu dan mengerti peribahasa Minang yang sarat dengan kata-kata yang indah yang penuh pengertian. Menghargai pun barangkali jauh sekali.


Tapi itu kisah lama, dah dibuangnya jauh-jauh dan tak disimpannya lagi di dalam peti. Badut cekalkan hati, tekadkan azam, bahawa dia harus cepat sedar dan conscious; dia memang seorang badut. Biarpun bagaimana teruknya beban yang terpaksa dikandung dek kerana semata-mata dia seorang badut (walaupun sumber bebanan itu berasal dari orang lain seperti stigma dan salah anggap) dia tetap seorang badut! Biarpun bagaimana murni kerjanya sebagai orang yang ‘merawat’ hati (kadangkala dia berangan dia seorang doktor; doktor hati) di dalam masyarakat, dia tetap seorang pariah, seorang badut!.


Apa yang mampu merubah semua ini hanyalah dia. Dia tak boleh ubah persepsi orang, dia takkan mampu pun ubah persepsi orang. Dialah yang boleh merubah dirinya. Hanya dia. Dia mesti berdepan dengan realiti, menggunakan apa yang ada, dan berubah secara sistematik.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Baqarah 2:216

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." al-Hijr 15:56.


Apa-apalah.


Pembaca yang budiman, anda percaya kata-kata badut ini? Dia merepek saja! =)

Tuesday, June 02, 2009

penanda buku

Pagi tadi, aku menerima sepucuk surat dan di dalamnya ada sebuah penanda buku. Hadiah hari jadi, kata pengirim surat itu.

Tertera pada penanda buku itu "rahsia kelahiran bulan Jun", bersumberkan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, diterbitkan oleh Darul Nu'man.

Aku tersengih melihat senarai itu. Bukanlah kerana aku percaya 100%, dan tidaklah pula aku bermaksud menolak 100%, cuma tergelak memikirkan bagaimanalah pengirim itu tergerak hati nak mengirimkan barang yang sedemikian rupa. Dia tahu, aku bukanlah penggemar ramalan zodiak atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Pun begitu, terima kasih!. Kebetulan, aku memang sedang mencari penanda buku untuk beberapa buku yang baru dibeli. Terima kasih, sekali lagi.

Rahsia kelahiran bulan Jun

  • bersikap suka menangguh-nangguh
  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • berperangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, perangai dan mood
  • idea yang terlalu banyak di kepala
  • bersikap sensitif dan mudah berkecil hati
  • mempunyai fikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • cepat marah & cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otaknya cerdas berangan-angan
  • mudah berkawan dan pandai berkawan
  • orang yang sangat tertib dan suka berkemas
  • mudah kena selsema
  • cepat rasa bosan
  • sikap terlalu memilih dan cerewet
  • lambat untuk sembuh apabila terluka hatinya
  • suka pada barangan berjenama
  • mudah menjadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • sesiapa yang memuji dianggap lawan, sesiapa yang menegur dianggap kawan

Samada ya atau tidak, betul ataupun tak, kenalah tanya pada dia yang mengirim =)

Tuesday, May 26, 2009

nyonya yang baik hati!

Seorang nyonya, dalam lingkungan 40-an, dimasukkan ke dalam wad psikiatri atas sebab aggressive behaviour dan homicidal tendency (Kelakuan ganas dan kecenderungan untuk membunuh). Setelah beberapa sesi interview dan consultation, nyonya itu mendedahkan bahawa dia syak suami dia main kayu tiga dengan orang lain; syak dan cemburu yang melampau-lampau atau tanpa sebab yang munasabah yang boleh membawa kepada kelakuan agresif, atau ringkasnya morbid jealousy.

Hari ini, ketika aku sedang berjalan keluar dari wad, nyonya ini menahanku dengan niat, aku rasa, ingin bersembang. Aku pun duduklah dan melayan ceritanya; dari makanan, baju, gossip dalam wad (hehe), dan akhirnya perkara-perkara sosial yang lain.

“lu ah, loktor, kalau mau kawin, cali pulumpuan yang baik ati. Jangan cali itu kikis luit punya olang.”

“susah mau carilah, auntie”

“haiya, lu sembahyang banyak-banyak, mintak sama tuhan Alah kasi bini baik maa. Lu talak sembahyang, talak buat baik mana boleh lapat maa”

Aku gelak besar dengan nyonya yang pelat-pelat itu. She was referring ‘tuhan Alah’ to, or so I believe, Allah S.W.T.

Benarlah nyonya, benarlah apa yang nyonya katakan itu.

Segala-galanya bermula dengan diri sendiri, dengan perkara yang paling ringkas =)

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...” (an-Nur':26)

Friday, May 22, 2009

tertekan

Aku tak tahu kenapa, setiap kali terdengar berita atau terbaca kes rogol di akhbar-akhbar, mood aku terus hilang untuk satu hari tu.

Jika terbaca, entah kenapa, aku terus tutup akhbar itu, dan kemudian akan rasa sangat tertekan, kesian, dan marah. Rasa sangat attached dengan si mangsa.

Rasa sakit di dada. macam mana ya aku nak gambarkan, seolah-olah ada pisau yang menusuk dan mengelar-ngelar jantungku. Rasa sesak untuk bernafas. Sungguh tak berhati perut bedebah yang melakukan kerja terkutuk itu! Apa yang dia fikir? Apakah dia boleh gantikan semula ‘barang’ yang telah dia rampas? Ini bukan jenayah biasa!

Tapi yang sedihnya, semakin hari, semakin menjadi-jadi. Cukuplah dengan pengalaman-pengalaman bertemu mangsa rogol di hospital. Aku tak mahu ia berulang semula.

Barangkali kerana aku punya adik-adik perempuan di rumah yang sedang meniti alam remaja. Ya, aku risaukan mereka...

Apakah tiada penyelesaian?

Monday, May 18, 2009

Simple thing first

Sekarang sudah 3 minggu aku berada di dalam unit psikiatri forensik, Hospital Permai, Tampoi, Johor. Hospital mental kata orang-orang di sekeliling, mengingatkan aku kepada Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak. Dahulu, semasa kecil, selalu dimomok-momokkan oleh ibu, kalau jahat sangat akan dihantar ke Tanjung Rambutan, tempat orang-orang gila. Nanti akan dikurung. Begitu sekali stigma orang ramai terhadap bidang perubatan. Sudahlah begitu, kalau di klinik-klinik, si ibu selalu menakut-nakutkan anak kecil yang agak nakal dengan kata-kata “nanti doktor inject baru tau”. Membesarlah anak itu dengan perasaan takut dan curiga kepada doktor dan konco-konconya.

Apa itu psikiatri forensik? Definisi secara tepat, aku tak tahu, yang aku tahu ialah di sinilah tempat di mana tertutuh-tertuduh kes mahkamah akan dihantar untuk dibuat pemeriksaan mental, mengesahkan samada ya atau tidak mereka ni tidak waras ketika melakukan kesalahan ataupun menderita akibat sakit mental. Jika ya, hukuman mereka agak berbeza dengan pesalah-pesalah jenayah yang lain.

Unit ini memang agak terperosok di suatu sudut di dalam perkarangan hospital ini. Melintasi unit ini memang agak menyeramkan, pada mulanya. Tembok tinggi, kawat berduri, suasana sunyi yang lain macam, jaga yang ada disana-sini, tak ubah macam penjara.

Di dalam pejabat pula, terpampang daftar penghuni unit ini beserta kesalahan-kesalahan mereka sekali. Bunuh... bunuh tanpa niat... rogol... culik... amuk... Hehe, takut juga, tapi entah kenapa, aku rasa sangat excited. Bilik temuramah dan pemeriksaan kesihatan berada disebelah. Sejuk, aku rasa alat penghawa dingin sengaja dibuka sekuat mungkin. Di bilik inilah aku banyak menghabiskan masa untuk bertemu pesakit, kalau aku seorang biasanya akan ditemani oleh pengawal atau MA.

Menarik sebenarnya, melihat reaksi mereka yang berbeza-beza, ada yang gembira dan ada yang agresif, dari denial hinggalah acceptance. Tapi cukuplah sampai di sini, aku tak boleh bercerita dengan lebih lanjut, kerana implikasi undang-undang, faktor keselamatan dan juga etika.

Apa yang aku dapat di sini ? Penegasan bahawa manusia itu adalah makhluk bernafsu, makhluk berperasaan, dan makhluk yang ada sisi spiritual. Setelah sebelum ini bergelumang dengan simptom-simptom fizikal, kini aku dikonfrontasi dengan tanda-tanda emosi. Dan, di dalam konteks kita di Malaysia ; lebih-lebih lagi Melayu, kita berhadapan dengan soal-soal mistik yang sebati dalam satu-satu kebudayaan itu, seperti sampuk, kena buatan orang, pelesit dan entah setan mana lagi.

Tapi bukan ini yang ingin aku utarakan. Aku melihat bahawa, sekali lagi ingin ditegaskan, manusia itu ada banyak dimensi. Akal, fikiran, nafsu, fizikal dan lain lain lagi. Semuanya berinteraksi antara satu sama lain dalam melahirkan perbuatan dan tindak-tanduk seseorang itu. Jika kita benar-benar ingin mengetahui puncanya, perlulah dikaji dari segenap aspek. Misalnya, orang yang violent mungkin mempunyai sejarah tumbesaran yang teruk seperti penderaan dan konflik rumah tangga. Biasanya orang yang melakukan perbuatan jahat, punyai sejarah hitam dalam kehidupannya.

Tetapi, apakah tiada penyelesaian terhadap masalah ini? Apakah kita harus akur kepada hukum ini, bahawa situasi yang buruk akan melahirkan orang yang buruk. Di sinilah aku melihat peri pentingnya pendidikan jiwa dan rohani itu. Bahawa pendidikan yang syumul dan menyeluruh itu akan menyentuh segenap aspek manusia. Bahawa nafsu itu perlu dididik, sebagaimana akal dididik.

Apakah ada modul pembangunan yang sebegini rupa yang boleh didapati di luar sana?

Aku percaya modul itu ialah Islam, dan modelnya ialah kisah hidup manusia agung, Rasulullah S.A.W.

Perjuangan dan kepayahan itu satu kemanisan dan ketenangan, sedikit demi sedikit, bermula dari yang paling asas dan ringkas.

Sunday, May 10, 2009

KBAZ.

"... the very fact of their existence is due to - unfortunately - our weaknesses."

Dr. Azzam Tamimi, May 9th 09

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

gambar utama diambil drpd bro farif

tahniah kepada AJK dan sukarelawan PEMBINA dan ISMA atas penganjuran konvensyen yang pada hematku, berjaya mencapai objektif dengan jayanya.

bak kata Sahibus Samahah Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis ".. terima kasih atas melaksanakan fardhu kifayah yang melepaskan tanggungjawab umat Islam negara ini."


2 gambar terakhir drpd kamera handphone peribadi, maaf, kurang kualiti =)

untuk liputan lanjut, sila layari laman web PEMBINA dan ISMA.

Tuesday, April 28, 2009

embun

"Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka berbahagialah golongan asing".. Sahabat Nabi bertanya kepada Baginda: "Siapakah Ghuraba(asing) ya Rasulullah?? " Baginda bersabda: "Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia."

H.R Ahmad

Kadang-kadang, masalah yang membelenggu punyai jalan keluar yang mudah. Kadangkala juga, soalan yang begitu kusut dan sukar punyai jawapan begitu yang mudah.

Jawapannya barangkali ialah seperti sejernih embun yang menitik dari daun keladi. Tenunglah ia, apa yang bakal kita nampak ialah diri sendiri.

Apakah hati ini benar-benar suci?

Thursday, April 23, 2009

hari terakhir

Hari ini, secara rasmi, adalah hari terakhir aku di wad bersalin. Ada kenangan-kenangan manis silih berganti dalam fikiranku. Memang, rotation kali ini berbeza daripada yang lain-lain. Sebab-sebabnya aku sendiri tidak tahu, tapi secara umumnya bolehlah dikatakan rotation kali ini paling ruhiy atau spiritual (setakat ini).

Aku teringat ...

betapa menggelabah dan menggeletarnya tangan aku ketika menyambut ‘bayi pertama’ku.

betapa kelam kabutnya seluruh dan seisi dewan bersalin jika ada baby flat.

betapa terujanya aku di malam first on-call. Senantiasa menanti-nati jika ada kelahiran.

betapa letih dan penatnya bertugas di dewan bersalin, siang dan malam.

betapa seronoknya melihat bayi-bayi nakal dalam incubator masing-masing di observation zone.

betapa pilunya terasa menyelubungi department bila ada keguguran atau kematian bayi.

betapa garang dan cerewetnya doktor pakar dalam ‘mengajar’ doktor muda dan doktor pelatih.

betapa aku kerap dimarahi kerana terkedek-kedek ketika memotong tali pusat bayi ataupun inserting IV line.

betapa seronoknya makan malam( + tengahari + sarapan) bersama-sama on-call doctor yang lain di bilik rehat.

dunia kami adalah department itu, department itu adalah dunia kami.

siang adalah malam, dan malam adalah siang.

Itulah kehidupan yang anda boleh jangka di jabatan bersalin yang mana kadar kelahirannya tertinggi di semenanjung Malaysia setakat ini (50+ kelahiran/sehari).

Tetapi, semacam ada perasaan serba salah jika ada orang-orang lain atau kenalan yang bertanya ’Doktor sekarang dalam bahagian mana?’. Semacam ada perasaan malu dan segan. Sebab-sebabnya anda sendiri maklum barangkali.

Terus terang, aku juga tidak begitu selesa. Tidak ada yang selesa pun sebenarnya; aku, si ibu, dan tambah-tambah lagi si suami atau ahli keluarga mereka. Seringkali, sebelum masuk ke dalam dewan bersalin, aku akan melintasi suami-suami yang sudahlah sediakala resah dan gelisah, bertambah-tambah lagilah kecuakan mereka apabila melihat yang bakal attend delivery isteri mereka ialah aku. Walaupun mereka tidak berkata apa-apa, tapi daripada air muka mereka, aku dapat mengagak apa yang sedang berdetik di hati.

betul ke doktor ni, muda lagi, boleh ke tak....

panggillah doktor lain, yang perempuan ke....

aku tak nak doktor pelatih ni yang attend, buatnya jadi apa-apa karang...

Bahkan ada si ibu yang bertanya kepada aku (setelah selesai semuanya) “dah kahwin belum doktor?“ “belum, kenapa?“ “malunya saya“.

Haih....Puan, jika puan malu, saya 10 kali lebih malu. Dan (hypothetically) jika aku sendiri yang menunggu isteriku bersalin nanti, seboleh-bolehnya aku tak mahu doktor pelatih juga!

Apa pandangan aku terhadap perkara ini? Aku memandang rotation ini tidak lebih sebagai salah satu komponen dalam kurikulum ilmu perubatan. Jika itu yang dimahukan dan difikirkan perlu, maka itu jugalah yang akan aku buat. Apakah aku akan jadi specialist dalam bidang ini? Tidak, barangkali. Apakah tanggapan aku terhadap lelaki yang menjadi pakar sakit puan dan bersalin? Aku tiada komen tentang ini.

Cuma, yang mungkin aku cuba ketengahkan di sini, betapa perlunya kita melahirkan lebih ramai doktor wanita (terutama yang muslim) dalam bidang ini. Sekiranya sudah ramai nanti, tidak perlulah lelaki mengambil pengkhususan dalam bidang ini. Aku rasa la... Aku berharap, sedikit sebanyak, entri kali ini boleh inspire pelajar-pelajar perempuan untuk mempertimbangkan cita-cita untuk menjadi doktor. (entah ada entah tidak pembaca blog aku daripada kelompok ini)

Apapun, alhamdulillah dan terima kasih semua atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberi, pengalaman yang ditimba sangat berharga dan sukar dicari ganti. =)


*****

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."

al-isra' : 24

Sunday, April 19, 2009

KBAZ

Untuk maklumat lanjut sila layari http://kbaz.net/

Friday, April 17, 2009

menggantung harapan

Rasanya, aku telah kongsikan cerita berikut dengan beberapa teman.

Saat paling ......(serius, aku tak tahu apa perkataan yang paling sesuai...'syahdu', 'takjub', 'gembira', 'sedih' semua tak dapat secara tepat menggambarkan perasaan aku) yang aku rasa sepanjang berada di wad bersalin adalah ketika melihat si ayah mengazankan si anak yang baru lahir.

Terpancar wajah kasih sayang dan pengharapan dari muka si ayah. (let me tell you, ia adalah satu ekspressi muka yang jarang-jarang dapat anda perhatikan daripada raut wajah makhluk-makhluk kaum adam)

Dalam suasana hiruk-pikuk dan hingar-bingar dewan bersalin (oleh bunyi mesin-mesin dan suara-suara sumbang midwife nurse(hehe) ) sayup-sayup kedengaran suara azan si ayah, kadangkala disambut oleh tangisan halus si anak.

Di saat itu...

runtuh segala emosi yang berkecamuk dalam diri.

runtuh segala ego yang beraja di hati.

hilang segala penat lelah yang menghambat diri

insaflah manusia akan kekerdilan diri sendiri;

bahawa ketika di saat si ibu sebentar tadi bersabung nyawa melahirkan si anak,

di saat seakan-akan peritnya kesakitan seperti menanggung sakaratul maut,

di saat seakan-akan semuanya seperti hopeless

tertanya-tanya kita "kepada siapa kita menggantung harapan?"



...........................

selamat menjalani perperiksaan buat sahabat-sahabat sekelian.
ma'a taufiq wannajah fil imtihan

Monday, April 06, 2009

hujan

Hujan lebat di luar.

Badan letih diduga dengan lelah seharian dan semalaman di hospital.

Aku terbaring dengan satu penawar hati:

"jangan berhenti membaca"

=)

.......

The true God is a living, intelligent, and powerful being…He is eternal and infinite, omnipotent and omniscient; that is, his duration reaches from eternity to eternity; his presence from infinity to infinity; he governs all things, and knows all things that are or can be done. …We know him only by his most wise and excellent contrivances of things… [W]e revere and adore him as his servants

-Newton,
Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica-

Sunday, March 15, 2009

jauhke daghi malapetako..

"Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau"

Hijau - Zainal Abidin

Tuesday, March 10, 2009

I think I've talked too much.

Ya Rabbi, help me abstain from that which I've spoken,

from narcissistic self-adoration.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"

As-Shaff : 2

Sunday, March 08, 2009

Rahsia lelaki

Tutorial tempoh hari agak memberangsangkan.

"Fitri, when do you think you've become a man?" tanya Dr. H secara tiba-tiba.

Gugup, tetapi dengan spontan dan tanpa ada second thought – anehnya juga dengan yakin dan pantas – aku menjawab "after I had circumcision".

Jawapan ringkas itu disambut dengan deraian tawa dan senyuman-senyuman nakal oleh rakan-rakan lain.

"Menjadi lelaki" adalah satu topik perbincangan yang boleh jadi sangat menarik, tetapi tidak dapat dibincangkan dengan enak jika kita tidak mencapai satu definisi yang universal tentang apa ertinya menjadi lelaki.

Tetapi, belum pun sempat kita pergi lebih jauh, masalah sudah timbul. Definisi dari kaca mata atau sudut pandangan manakah yang wajar digunapakai? Sains? atau budaya? atau agama? Dan sebenarnya, ketiga-tiga entiti ini ternyata mempunyai pengaruh yang sangat dinamik dalam proses mencorakkan dan melahirkan sudut pandangan yang unik untuk sesuatu komuniti itu. Sukar rasanya untuk kita mecapai satu kata yang sepakat, apatah lagi jika ahli-ahli diskusi terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Sungguhpun perbincangan tampak neutral dan intelek, tetapi sebenarnya pada setiap hujah ada terselit – secara halus – unsur sinis dan emosi. Masing-masing, secara sedar ataupun tidak – dan secara sengaja ataupun tidak – perlu mengakui bahawa mereka agak defensif dan emosional ketika mempertahankan sudut pandangan yang diwakili dan juga ketika mengkritik pihak yang lain. Masing-masing berpendapat, "lelaki" menurut tafsiran mereka lebih ideal dan lebih "jantan" berbanding pihak yang lain.

Dari sudut lain, sebenarnya, kepelbagaian pendapat-pendapat ini amat menarik minat untuk dikaji. Masing-masing – walau daripada kaum mana sekalipun – punya cara yang unik untuk menzahirkan bahawa mereka sudah "lelaki" – dari berkhatan hingga ke bertatu, dari akauntabiliti hinggalah ke egoisme. Semua ini, pada pandangan aku, dapat kita simpulkan dalam dua tema besar. Bahawa lelaki itu:

  1. mahukan tanggungjawab dan respect
  2. punya kuasa untuk membuat keputusan

Kita ketepikan dahulu soal itu dan pertimbangkan teori-teori berikut;

Umur 21 adalah the magic number dalam kerangka hayat seseorang lelaki menurut ilmu perubatan. Pada umur ini, seseorang lelaki itu dikatakan telah mencapai "kematangan" dalam perkembangan fizikal dan mental (attained full physical and mental development). Tetapi, harus dijelaskan di sini bahawa, ianya tidak bermaksud perkembangan fizikal dan mental sudah terhenti, tetapi lebih menjelaskan bahawa segala kapasiti “kelelakian” sudah dicapai dan bersedia untuk dikembangkan dengan lebih lanjut. Dari segi fizikal misalnya, ketinggian seseorang itu sudah dianggap optimum (walaupun sebenarnya penambahan ketinggian boleh berlaku, tetapi selalu diabaikan kerana perubahannya sangat minimal dan tidak ketara) begitu juga dengan ciri-ciri fizikal yang lain seperti bone density dan secondary sexual characteristic.

Akan tetapi – tidak seperti perkembangan fizikal – perkembangan mental tidaklah begitu straight forward. Biasanya perbincangan tentang isu yang satu ini penuh dengan kontroversi hangat. Umumnya, perkembangan minda sering dikaitkan dengan “kematangan”. Mengapa? Obviously ( pada pendapat aku ) ini kerana perkembangan minda diukur – to a certain extent – dengan kematangan. Now, ini telah membuka satu lagi isu yang menarik; apa itu kematangan? Melalui pengamatanku, lelaki umumnya terasa sangat tercabar jika kematangannya dipertikaikan, tidak kiralah diperingkat umur mana sekalipun (tolak ketepi golongan kanak-kanak). Masing-masing berlumba untuk kelihatan matang. Egonya terusik jika diacah-acah dengan tuduhan “tidak matang” dan “kebudak-budakan”. Tidak keterlaluan rasanya jika aku katakan di sini, lelaki barangkali boleh bertolak ansur dan senyum-senyum pahit jika kematangannya dipersoal dari sudut fizikal, tetapi jika ianya soal pemikiran dan perangai – jawapannya jelas – tiada kompromi! Jika dicabar juga, lelaki yang lemah daya tangkis akan kehilangan keupayaan berfikir secara rasional dan bertukar menjadi makhluk primitif; kuat melenting, emosional, pendendam dan terburu-buru.

Mengapa begitu sensitif? There is no a clear cut answer, but my suspicion is, it is due to what maturity can offer. Kematangan berhubungkait secara lansung dengan kelelakian, dan jika ini benar, hanya lelaki yang “kelihatan” matang wajar diberikan tanggungjawab, respect dan kuasa (seperti dinyatakan di atas)! Dengan kata lain, kalau tidak matang, kamu bukan lelaki!

Tuduhan ini agak harsh (barangkali keterlaluan) dan sama sekali tidak menyenangkan jika kena batang hidung sendiri!

Tetapi, dalam kita mengejar kematangan, what kind of maturity that we’re talking about here? Ini juga begitu kontroversi. Mari kita pertimbangkan, sekali lagi, teori ini:

Apa sebenarnya hallmark yang memisahkan peringkat-peringkat umur seseorang lelaki itu? Untuk tujuan perbincangan kali ini, fokus akan kutumpukan antara keremajaan dan kelelakian.

Seperti rajah ringkas di atas, semasa remaja, arah pemikiran seseorang lelaki itu masih bertumpu kepada dirinya sendiri. It’s all about self. Kesedaran untuk memikirkan persoalan-persoalan tentang orang lain disekitarnya masih lagi di tahap minimal, itupun kalau ada. Kalaupun dia memikirkan tentang orang lain, agenda utamanya masih lagi tidak dapat lari daripada isu kepuasan diri sendiri. Misalnya, si A masuk kelab penyokong Manchester United (contoh je) supaya dirinya tampak cool dikalangan rakan-rakan. Kelab cool, supporters pun mesti cool.

Tetapi, seorang lelaki yang matang, akan mula memikirkan tentang orang lain, akan mula prihatin dan risau tentang apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka, dan – to a certain extent – meletakkan kepentingan orang yang dikasihinya lebih daripada dirinya sendiri. Orang lain di sini mungkin terdiri daripada keluarganya, komunitinya, negaranya hinggalah agamanya.

Ini sangat menarik, padaku. Sifat semulajadi yang unik ini nampaknya sangat sesuai dengan fungsi lelaki itu sebagai pemimpin, setidak-tidaknya, jika sudah berkeluarga kelak sebagai ketua keluarga. Ia seolah-olah menyediakan struktur asas supaya lelaki itu bersedia memikul tanggung jawab yang berat ini.

Jadi tidak hairanlah jika lelaki mahukan respect, tanggung jawab dan kuasa. Satu sikap yang semula jadi barangkali. Tapi, bagaimana pula dengan lelaki dewasa yang masih lagi tidak keluar dari kepompong pemikiran “remaja“ ? Ini sangat bahaya! Kombinasi maut antara ketidak-matangan dengan kuasa hanya melahirkan kebinasaan yang diluar jangkaan!

Tetapi, para pembaca sekelian, inilah realiti yang berlaku right in front our very eyes. Statistik menunjukkan punca-punca utama kematian lelaki muda Malaysia adalah akibat kemalangan jalan raya, pembunuhan dan pergaduhan. Punca-punca yang jauh mengatasi masalah penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, leukemia dan penyakit-penyakit genetik dan kanser yang lain.. Punca-punca yang boleh kita elakkan.

Sayang sekali! Aku memandang perkara ini sebagai satu pembaziran yang sangat merugikan. Ketika masa muda inilah kita punya tenaga raksasa yang boleh kita gerakkan, punya masa yang banyak untuk kita manfaatkan lantaran masih kurangnya lagi komitmen-komitmen lain, punya semangat yang membara dan menyala-nyala. Kita punya segala-galanya, tapi sayang, kerana jalan yang kita pilih salah, hancur segala-galanya. Ini belum lagi kalau kita panjangkan isu ini kepada mereka yang sediakala berada dalam pucuk pimpinan. Apakah kita boleh percaya mereka ini untuk membuat keputusan yang penting-penting dalam menentukan hala tuju hidup kita? Siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk membela untung nasib kita kalau bukan pemuda-pemuda kita sendiri? Ayuh, rakan-rakanku sekalian (terutama kalian yang lelaki) serlahkan "kejantanan" mu! (hahahah!)

Pembaca yang budiman, soal "menjadi lelaki", kematangan dan tanggung jawab bukanlah perbincangan yang patut kita bataskan dalam ruang lingkup akademik dan falsafah sahaja, tetapi persoalan yang patut kita muhasabahkan dalam diri kita pada setiap masa dan setiap ketika.

Barangkali, segala apa yang dibincangkan boleh kita simpulkan dengan hadis junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi :

"la yu' minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihy ma yuhibbu linafsih"

"tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri."

Sunday, March 01, 2009

Keseimbangan

Sir Robert Hutchinson (1871-1960) adalah antara salah satu doktor yang terkemuka dalam sejarah perubatan Barat. Beliau terkenal sebagai seorang doktor yang berpengalaman, analitikal dan kritis, filosofis dan juga agamawan. Ada satu rangkaian doanya yang aku rasa agak menarik.

From inability to leave well alone
From too much zeal for what is new and contempt for what is old

From putting knowledge before wisdom,
science before art,

and cleverness before common sense,

From treating patients as cases and from making the cure of a disease more grievous than its endurance
Good Lord deliver us

Sir Robert Hutchinson
President, Royal College of Surgeons

Science before art?

Aku teringat sewaktu aku di tingkatan empat, aku ada memasuki satu pertandingan debat Bahasa Inggeris. Tajuk perdebatan pada peringkat separuh akhir ialah "Literature as a compulsory subject in secondary school student" Aku berada di pihak pro-pembangkang. Maknanya, jangan wajibkan sastera, cukuplah, mata pelajaran yang sedia ada pun tak larat nak baca :)

Hari ini, aku ada terbaca satu artikel dalam New Strait Times bertajuk "For undergrads, it's all about 'cari makan' " oleh Chok Suat Ling. Inilah sebabnya aku terkenangkan kembali nostalgia sekolah menengah itu (hehe). Berikut ialah beberapa petikan dari pada artikel itu:

The higher education minister is concerned about the dwindling number of students taking up humanities courses. This has opened up, once again, the longstanding science versus humanities debate

What students want, or indeed clamour for, are those programmes bluntly referred to as the cari makan courses, that will enable them to easily secure jobs, preferably well-paying ones, when they graduate. These are the science-related courses and, to a certain extent, business management programmes.

The dwindling number of students taking up humanities courses was serious enough for Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin to voice his concern last week. He said if the trend continued, the humanities -- which encompass courses such as literature, philosophy, music, art and history -- might become irrelevant in future. This would have negative consequences, he cautioned.

"We would have a generation of highly-educated people but they might be totally clueless about things outside their areas of specialisation.." notes Chu Chin Koo, a lecturer at the Asian Institute of Medicine, Science and Technology University.

This scenario is even more glaringly apparent here, he adds, as Malaysians generally do not read for pleasure.

"In the West, the reading habit is still very much alive. Science graduates can thus contribute meaningfully in conversations about subjects outside their scope of expertise. In Malaysia, it is all about getting that gilt-edged scroll and securing a job thereafter.

"I have always believed that when we do something, we tend to emphasise one thing and ignore the others," notes former Universiti Malaya (UM) vice-chancellor Datuk Rafiah Salim:

"It is a pity really. History, for instance, is important as we stand to learn a lot from our past. The focus on science will not wane, but become even more unrelenting.

"We can't run away from this. It is the way forward and we will just have to adjust and adapt," says UPSI's Aminah.

"And if job prospects are indeed the prevailing concern, students should be reminded that it does not matter whether they take science or arts.

"In the end, it is whether they have the requisite soft skills. It is those with excellent communication, leadership and critical thinking skills who are most likely to land the jobs."
Kali ini, aku tak berhajat untuk membuat apa-apa kesimpulan atau andaian, kerana flow of thought aku sendiri pun tidak tersusun kemas lagi. Cuma, aku senaraikan beberapa ibu-ibu idea yang boleh dikembangkan di sini:

  • Sains lebih tinggi dari sastera? Atau sebaliknya? Atau saling memerlukan?
  • Segulung Ijazah. Untuk pekerjaan atau untuk ilmu?
  • Specialist atau generalist?
  • Ke mana arahnya graduan-graduan kita sekiranya terperangkap dalam dimensi ini? Makin maju? atau sebaliknya?

Apapun, setakat ini kesemua buah-buah idea, secara kabur-kabur, menunjukkan satu kesamaan yang agak mudah difahami, tapi mungkin susah untuk diamali. Ia adalah "Keseimbangan".

Barangkali kita boleh pelajari sesuatu dari Firman yang Maha Esa dalam kitabNya:

“Dan demikian kami jadikan kamu ummah yang pertengahan (wasat) untuk menjadi teladan dan saksi kepada umat yang lain”. (Al-Baqarah, 143)

Friday, February 20, 2009

provokatif

If 'perfection' is not attainable, why strive for it then?

Is it the outcome that dictates the fullest meaning of 'perfection'?

or is it the journey to perfection that counts?