Sunday, May 11, 2008
ini ada satu cerita
" em..ha, yg ni bang, XXX..."
"berapa dik?"
"RM27.90 .. "
"takpelah, terima kasih.."
.... abang itu kemudiannya berlalu pergi. Beberapa ketika, dia muncul lagi, belek-belek kampit beras itu td. Kemudian berjalan pergi lagi... sampailah kali ketiga, dia ambil juga kampit beras itu.
sambil tersenyum tawar, " abang ada anak ramai, dik...org susah "
****
dikarang semula, seperti yang diceritakan oleh sahabat-ku, yg bekerja di salah sebuah pasaraya.
Tuesday, May 06, 2008
Tuesday, April 22, 2008
jiwa
******
"Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah" - Umar r.a.
Friday, April 11, 2008
Teh, Karipap
aku cuba makan tepinya (yang rangup tuu) sahaja.
hmm, macam tak lengkap
aku cuba makan kelongsongnya sahaja
..pun rasa tak lengkap
aku cuba makan intinya (kari daging) sahaja
tak puaslah, bukan karipap namanya
aku cuba makan semua
ha, barulah karipap! sedap!
...
begitu juga Islam, tidak boleh dipandang dari satu sudut sahaja,
bukan untuk difahami secara juz'ie, bukan juga untuk diterjemah hanya dari satu perspektif.
Islam? Karipap? apa-apa lah..
Tuesday, April 08, 2008
suara dari dalam lautan
tolong... makin lemah suaraku
makin lemah kayuhanku
makin kabur pandanganku
makin aku..hilang semangat
dunia kini menjadi biru
silau matahari tidak lagi merimaskan
tiada lagi udara untukku nafaskan
sayup-sayup kedengaran suara-suara
berbicara bahasa yang asing dan aneh
blup, blup...
aku sudah putus asa
sudah tenggelam punca
apakah akhiran hidup mudaku
sebegini tragis?
alangkah kerdilnya diriku
lemah diamuk gelora ombak laut
kepada siapa pula kini
harusku sandarkan harapanku?
inginku adukan untung nasibku?
blup, blup...
selamat tinggal mama, papa
selamat tinggal abang, akak
baru pagi tadi kita makan bersama
baru tadi kita tertawa bersama
selamat tinggal dunia.
adik pergi dulu..
blup, blup,blup...........
salam takziah utk ahli keluarga.salam tazkirah utk kita semua.
Sunday, March 30, 2008
rangkai nyawa
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?As-saff : 2
"tegakkan Islam dalam dirimu dahulu, nescaya Islam akan tertegak di sekeliling kamu"
perlahan tetapi pasti.
jangan sedih, jangan lemah diasak paluan ujian. kita sentiasa diperhatikan.
tidak perlu canang pada dunia tentang kebaikan kita. juga tidak perlu gusar ketika dunia meragui kita.
apalah kiranya ada pertolongan yang lebih bermakna dari pertolongan sang Pencipta?
Gambar di atas memang tak ada kena mengena dgn entri kali ni. jadi kenapa mengada-ngada nak post juga gambar? barangkali tak dapat menahan keseronokan dan rasa geli hati.beberapa pemuda sedang cuba-cuba masak tom yam. cuba, jangan tak cuba!
Sunday, March 23, 2008
Thursday, March 13, 2008
mata
Seorang anak lelaki, lingkungan belasan tahun, perlahan-lahan, dengan penuh hati-hati menyuapkan bubur nasi panas ke dalam mulut emaknya yg disyaki menghidap penyakit breast ca. with multiple organs metastasis. Prognosis? mungkin rendah.Esoknya, ketika ward round sesi pagi, didapati si emak tidak mahu bersarapan selagi anaknya itu belum sampai. Hampir bergenangan air mata, aku perhatikan, di kelopak mata ward sister. juga mungkin di 'kelopak mata hatiku'.
apakah mungkin aku mampu berbuat sedemikian?
jangan bicara pada dunia jika aku masih angkuh, sombong dan lupa diri.
Sunday, March 09, 2008
gangga negara
Bergerak terus, maju terus!
Halangan tetap ada, aral tetap melintang, esok pasti akan datang.
Background : Dr. Zul yg tak balik lg dari mengundi. Pulanglah, hehe.
Wednesday, March 05, 2008
maaflah!
dalam ruangan surat pembaca Utusan Malaysia (04/03/08), ada satu surat daripada seorang mahasiswa bertajuk "Kesedaran mengundi kalangan belia kurang? " . Aku terasa sangat gatal utk 'appraise' surat ini.
Isinya lebih kurang menceritakan tentang 'kelesuan' semangat berpolitik di kalangan mahasiswa yang; menurut sang mahasiswa, ditafsirkan melalui kurangnya peratus belia yang mengundi dalam pilihanraya. Juga disebutkan sifat tidak peduli, akibat tak mengundi, masa depan, dan lagi, dan lagi, dan...
Syabas utk beliau yang menulis. tetapi, di kala kita teriak-teriak soal semangat politik, pernahkah kita terfikir "kenapa kebanyakan belia tak nak mengundi? kenapa tak peduli pasal politik?"
Apakah dianya masalah pokok kepada semua simptom-simptom 'ketidak-pedulian' ini?
Jadi salah belia-lah kalau semua pakat main futsal pada hari mengundi (sebab cuti)? atau shopping?
Apa ya, impression atau tanggapan belia terhadap politik? Politik itu arena manusia bercakaran utk pangkat, perseteruan dan perbalahan, pergelutan utk kuasa dan kebendaan...jadi, barangkali kita berasa jijik utk bermain lumpur bersama-sama org politik. lalu kita pinggirkan diri dari kacau-bilau dan hiruk-pikuk politik.
..or is it? betulkah politik sedemikian rupa? betulkah kalau kita buka lipatan sejarah politik, kita tak akan menemukan apa-apa melainkan kesengsaraan, penindasan atau kezaliman? seolah-olah sudah lenyap kebahagiaan, keamanan dan kemanusiaan. should it be in that way? must it always be in that way?
Kita tak akan peduli kalau kita rasa benda tu tak berkaitan dengan kita, tak penting dan tak relevan.
Jadi, memang bukan salah kita kalau kita tak mahu berpolitik..
memang bukan salah kita kalau kita tak ambil tahu pasal politik
memang bukan salah kita kalau kita tak peduli pasal apa-apa pun!
...or is it?
Barangkali tidak. setidak-tidaknya, aku tak fikir begitu.Kita tak boleh nak menyalahkan orang kalau dia tak peduli. mungkin dia tak tahu...
Terlalu serius? maaflah. sebetulnya aku sedikit emosi tatkala menatap akhbar itu pagi ini ketika menunggu MO utk ward rounds. bukan, bukan sbb politik. mungkin sbb aku lihat liputan berita utk serangan terbaru Israel terhadap saudara-saudara-ku di Palestin sangat ciput. Ya, seperti di atas, mungkin berita itu tak penting.
.. or is it?
Sunday, March 02, 2008
aktiviti ahad
check basikal dulu.
-gear? ok...
-brake? ok...
-fork depan? ok...
-chain? ok...
-derailer? ok...


partly, it is one of my hobbies. my sports. Tapi, more importantly, tahun ni aku berbasikal ke hospital. jadi, extra precaution perlu diambil kira, hari tu aku hampir-hampir 'eksiden' sbb brake tak 'makan'!
Ha, lepas ni, aku gardening! hobi baru yang dipromote oleh beberapa org sahabat, dan juga Tuan Rumah. Aku sendiri tak pasti dan tak mahir, but just have it a go-lah, see how things work.

kat background gambar ni ialah member aku. hehe, sorilah mus'ab, aku letak gambar kau tanpa your consent =)

lepas ni, kita masak, makan, solat dan terus study...
hari ahad aku jadikan sebagai hari rehat, hari koreksi diri, hari persediaan. Kadangkala, dalam keghairahan kita mengejar sesuatu, seringkali kita lupa untuk berhenti sejenak, menilai kembali apa yg telah terjadi, menimbang tara, dan merencana utk hari esok.
if you fail to plan, you plan to fail.
adakah aku terlalu tua utk berbicara pasal ini? lantaklah. aku cuma mengharap, aku tidak reput di dalam perjalanan, lelah termakan dek ujian masa dan keadaan.
cheers!
Saturday, March 01, 2008
Perlu ikhlas, yang benar bro! Berbalik pada niat. Berbalik pada hati, Qalb.
Sahsiah.
Kawal lisan. Hmm, lisan adalah cermin isi hati. Berbalik pada hati, Qalb.
Study.
Perlu lebih rajin, konsisten, tersusun. Tetapi aku perlu cekal, tak terhanyut, tak 'sejuk'. Maka, berbalik pada hati, Qalb.
I need some implosion; I had enough of meaningless explosions!
...perlu ada bekalan, aku tidak sekuat mana! Pade doh, =)

pic by kukubesi
Wednesday, February 27, 2008
Thursday, November 22, 2007
bagaikan
kehadiran sahabat-sahabat sememangnya dinanti-nantikan.
menggamit hati dan perasaan
setahun, sahabat! setahun...
hati ini sayup diamuk gelora jiwa
sengaja aku zahirkan kekesalan diri
sengaja aku pentaskan kekalutan diri
sengaja aku pertontonkan kecelaruan diri
sengaja aku persembahkan kebodohan diri
agar kau mengerti
agar kau fahami
inilah aku
anak muda penuh dengan mimpi
panjang anganku
ribuan kesalku
aku mahu bina semula...
Tuesday, November 20, 2007
turun ke hati
"mana mungkin seseorang itu mengajak orang lain sedang ia melupakan dirinya sendiri"
"ucapan-ucapan yang bagaimana baik dan hebat sekalipun tidak akan berdaya menarik manusia kepada Islam bahkan mendatangkan kesan yang buruk dari segi rohaniyah"
Al-Haqir
*hmm, mengumpulkan angka-angka kosong, konon? diri ini juga kosong...
Thursday, November 15, 2007
nan beradat..
cuma nak ampaian kain,
tak ada emas dikandung
dunsanak jadi rang lain"
*aku karam seperti tenggelamnya kapal Van der Wijck.
Sunday, November 11, 2007
bakar
bagi menandakan kemenangan orang-orang yang zalim
daripada kebiasaan kepada terasing
realiti bukan batasan semangat diri
pun begitu jauh di sudut hati
belaian api kini menjadi dingin
*"justice is a dream
but it is a dream that we're determined to realize"
vive'o Juventude!
Friday, November 09, 2007
Tuesday, September 11, 2007
Mari belayar!
is to sail an uncharted sea,
while to study books without patient
is not to go to sea at all
Sir William Osler (1849-1919)
Isu yang sempat saya fikirkan kat sini:
- Sejauh mana al-ilm (ilmu) itu bergerak secara konsisten dengan amal/praktikaliti?
- apakah ada garis pemisah antara teori dan praktikaliti?
- kalau ada, yang mana lagi aula'/superior? kalau tak, macam mana?


