Pages

Wednesday, September 29, 2010

Zen

Perperiksaan bakal menjelang, rasanya lebih kurang 7 minggu lagi. Mohon doa dari para pembaca untuk aku dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan otak yang cerdas.

Kerana otak yang cerdas, jiwa yang luhur dan ketenangan yang sejati adalah perkara-perkara yang sukar sekali didapati sejak akhir-akhir ini.

Barangkali ada kaitan dengan hubunganku dengan Yang Maha Kuasa.

Thursday, September 09, 2010

Lebaran!

Bagi sesiapa yang berkenaan,

Selamat menyambut hari kemenangan dan selamat kembali kepada alam fitrah.

Bagi sesiapa yang tak berkenaan, sila cuba lagi tahun depan.


Tetapi, ya, Tuhan itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Yang berkenaan dan yang tak berkenaan juga boleh bergembira di hari lebaran.






n/b: Selamat menyambut hari lebaran.

aku cemburu pada kain-kain putih. =)

Thursday, August 26, 2010

.

Bagi kebanyakan pelajar, sesuatu ilmu itu dapat dipelajari dan dihadam setelah melakukan 10 kesalahan.

Tetapi, pelajar yang pintar hanya melakukan lebih kurang 3 atau 4 kesalahan, dan akan mencari jalan untuk tidak melakukan 7 atau 6 kesalahan yang lainnya.



Majalah 2010 Graduating Class: School of Physics, NTU Singapore

Wednesday, August 25, 2010

.

Ramai orang belajar di universiti, tetapi tak ramai yang tahu apa itu 'universiti'.

Apa maksudnya, apa matlamatnya, apa fungsinya, dsb.

Begitu juga, ramai orang menganut agama Islam, tetapi - agaknya - sangat sedikit yang mengerti apa itu Islam.

Apa maksudnya, apa matlamatnya, apa runtunannya, dsb.

Barangkali persoalan ini dianggap remeh oleh kebanyakan orang, tetapi aku percaya persoalan ini adalah persoalan pokok. Yang mana daripadanya akan bercabang pelbagai masalah dan bermacam pertanyaan.

Bak kata pujangga, kesudahan yang buruk selalunya bermula dengan silapnya langkah pertama.

Rasanya solusi yang amali adalah bermuhasabah pada setiap detik dan perbaharui niat pada setiap waktu.

Insha-Allah.

Selamat menempuh fasa-fasa terakhir bulan Ramadhan. =)

Sunday, August 15, 2010

.

Patriotisme tidak mungkin tumbuh dari hipokrisi dan slogan-slogan

SHG

Monday, August 09, 2010

Kering

jika tidak kita, siapa lagi.

jika tidak sekarang, bila lagi.

selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

Friday, August 06, 2010

Paediatric

Tapau-ed.

Achievement. Satisfaction.



إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Verily, along with every hardship is relief.


فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ -وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب
So when you have finished, devote yourself to Allah's worship, And to your Lord turn intentions and hopes.




=)

Thursday, July 15, 2010

.

Aku kongsikan perkara ini dengan seorang sahabat semalam. Barangkali ketika ini dia mungkin sudah lupa, kerana sudah berada di sisi isterinya yang tersayang. =)

Tapi ingin aku kongsikan bersama pembaca sekalian.

Aku rasa, aku terus-menerus mengusahakan apa yang aku minat - seni, sejarah dan falsafah - kerana... makin dalam aku telusuri bidang itu, makin aku rasa diri ini hamba pada yang Esa.

Seni mengajar aku untuk menghargai benda-benda yang halus dan biasa. Terlampau biasa dalam kehidupan kita seharian sehingga kita take for granted. Seperti udara, pokok, nasi, ikan , bahasa, budaya dsb.

Sejarah mendidik aku untuk menghargai kepentingan untuk belajar dari kesilapan, meraikan perbezaan, dan mensyukuri segala nikmat dan kesempatan.

Dan falsafah (walaupun hanya cebisan dari ilmunya) mendidik aku melihat segala-galanya dari kaca mata yang lebih luas.


Segala-galanya untuk satu. Pengabdian.


Kadang-kadang, terlalu lama dalam bidang teknikal menyebabkan aku merasa manusia itu cepat bongkak. Suatu sifat yang boleh diperhatikan pada sesetengah doktor dan pelajar perubatan.

Aku benci pada penindasan, aku benci pada kebongkakkan.

Tetapi aku sedar. Ini adalah kehidupan. Kehidupan bukan senang.

Kehidupan adalah memperbaiki diri sehari-hari, untuk mencapai titik keseimbangan dan kesederhanaan.

Ya, inilah aku.

Inilah fitrahku. =)

Tuesday, July 06, 2010

.

Aku rasa, kehidupan dan nilai-nilai adalah terangkum dalam suatu spektrum; bukannya diskrit.

Tetapi, adalah lebih mudah untuk memahami sesuatu apabila ia mempunyai kelas, kumpulan atau golongan.

Bahaya spektrum adalah tiadanya garis pemisah yang jelas.

Bahaya diskrit adalah tiadanya kesinambungan yang nyata.

Aku pasti ada jawapannya. Bila aku keliru, aku bertanya. Bila aku bertanya, aku mencari.

Bila aku mencari, aku temui. Bila aku temui, aku menilai.

Bila aku menilai, aku buat keputusan.

Biasanya, betul atau salah, terserah kepada pengalaman untuk menentukan.

Ancora Imparo.

Saturday, June 26, 2010

.

Aku rasa, nyawa ilmu adalah soalan dan pertanyaan.

Saat kita berhenti bertanya, saat itulah nadi ilmu itu mati.

Tujuan agung ilmu adalah amal. Dan yang memandunya adalah iman.

Yang mematangkan ilmu adalah pengalaman. Dan pengalaman adalah belajar dari kesilapan.

Sunday, June 13, 2010

.

Nilai manusia dihadapan Tuhan adalah taqwa.

Nilai manusia diantara manusia adalah adab.

Kehidupan ialah perjalanan untuk mempelajari dan memperbaiki diri sehari-hari.

Dunia adalah lapangan, akhirat adalah tuaian.

Kepercayaan itu abstrak, pengabdian itu konkrit.


Sunday, June 06, 2010

Hadiah hari jadi

Sesungguhnya, yang makin mendekati aku ialah kematian.

Dan yang paling aku harapkan ialah keampunan.

Ya Muqallibal Qulub, Thabit Qulubana 'ala diinika wa'ala To'atik

Thursday, June 03, 2010

musim

Semoga ini semua tidak bermusim.



study, membaca, palestin, usaha memperbaiki diri, seruan ke arah kebaikan, fitrah dan semuanya.

Saturday, May 22, 2010

Reassurance

Aku perlu reassurance.

Ya, aku rasa aku perlukan bisikan kepastian.

Bisikan yang semerdu angin gunung, seindah kabus subuh.

Bisikan yang mampu mengegar jantung, mengubah gunung.




Ya, reassurance... kepastian.

Tuesday, May 18, 2010

Ingat dan lupa

"Ada dua perkara yang engkau harus ingat

1. Kebaikan orang lain terhadap engkau
2. Keburukan engkau terhadap orang lain

dan ada dua perkara yang engkau harus lupai

1. Kebaikan engkau terhadap orang lain
2. Keburukan orang lain terhadap engkau"

Allahyarham Ust. Rahmat Abdullah.

Monday, May 17, 2010

Putera Gunung Ledang

Denai manusia,
anak alam, makhluk Tuhan,
apakah keheningan hutan ini
untuk pekaknya telinga manusia?
apakah keindahan gunung ini
untuk butanya mata manusia?
apakah keluasan alam ini
untuk tulinya hati manusia?

Denai manusia,
akar banir, pohon mersawa,
sunyilah engkau bersama kebisuan semesta,
damailah engkau dengan rahsia dunia



Gunung Ledang,
15/05/10, 2pm



***

Malam mula menyelubungi,
mendakap mesra bumi ini,
langit biru kehitaman
hilang dalam keheningan
malam datang lagi
esok mentari muncul lagi
apakah kau masih di situ, wahai gunung?
menghiasi kaki langit, merajai datar bumi,
aku cemburu pada engkau, gunung
aku cemburu pada keabdianmu
cemburu pada rahsiamu

wahai gunung,
tegaklah engkau buat seketika lagi
temani aku, hadapi malammu,
tegaklah engkau barang sesaat lagi
pimpini aku, temui Tuhanmu.




Gunung Ledang,
16/05/10, 1 am


***



"kalau jatuh, bangun. Kalau bangun, jatuh" kata Tok batin

Kampung orang asli, Ledang.

Friday, May 14, 2010

Sejarah

Sejarah dunia adalah sejarah pemerasan,
apakah tanpa pemerasan sejarah tidak ada?
apakah tanpa kesedihan, tanpa pengkhianatan sejarah tidak akan lahir?
seolah-olah bila kita membagi sejarah
maka yang kita jumpai hanyalah pengkhianatan
seolah-olah dalam setiap ruang dan waktu
kita hidup di atasnya!
lihat...betapa tragisnya

"hidup adalah penderitaan" kata Buddha
dan manusia tidak akan bebas daripadanya

bagiku kesedaran dalam sejarah adalah sedar
akan hidup yang kesia-siaan nilai-nilai
memang hidup seperti ini tidak enak

"happy; is the people without history" kata Dawson
dan sejarahwan adalah orang yang harus yang mengetahui dan mengalami
hidup yang lebih berat.


Soe Hok Gie.

Thursday, May 13, 2010

al-Ma'arij

Redha, rahmat dan ikhlas.

Inilah 3 tema yang begitu mewarnai hidup aku sekarang, terutama sekali sejak dua tiga minggu ini. Bukanlah maksudnya aku faham dan arif benar, tapi sebenarnya aku sedang belajar untuk mengalami erti ketiga-tiga konsep yang begitu misteri ini.

Aku percaya, tak ada cara lain yang lebih 'superior' untuk mengerti konsep-konsep ini selain daripada belajar melalui pengalaman.

Belajar melalui pengalaman, walaupun bunyinya indah, tapi sebenarnya tak lebih daripada mencari masalah, mengambil risiko dan belajar dari kesilapan, kepayahan dan penderitaan. Pendek kata, yang susah-susah, yang buruk-buruk belaka.

Dan proses ini adalah kitaran. Soalnya ialah adakah kita mampu keluar dari kitaran itu? Atau sebaliknya kita terus hanyut dalam arus yang berpusar.

Adakah kita akan berkesudahan di titik di mana kita bermula?

Back to square one, kata orang putih.

Pi mai, pi mai, tang tu juga, kata orang utara.

Maksudnya tidak ada perbezaan dulu dan sekarang.





Kalau kita pertimbangkan hukum asas fizik ini;

Work (Joule) = Force (Newton) x Distance (Meter)

Jika jarak tidak berubah (beza jarak = sifar), maka Work = 0 joule... kerja kosong?!

Apakah ini maksudnya kita tak buat kerja lansung?





Bunyinya begitu mengecewakan, begitu menghampakan. Frust, kata orang.

Tapi, aku percaya, di sinilah fungsi redha, rahmat dan ikhlas itu.

Jika kita ikhlas meletakkan usaha kita itu hanyalah kepada Rabb' al-Izzati, dan tidak mengharapkan sebarang perhatian lain selain daripada perhatianNya semata-mata...

jika kita redha dengan segala tatangan dan musibah yang melanda, dan percaya itu adalah proses yang ditetapkanNya untuk kita faham dan berjaya...

jika kita percaya bahawa itu semua sarat dengan pengertian simbolik dan rahmat yang besar daripadaNya...


..apakah ada,

...apakah ada pengubat jiwa, penyembuh luka yang lebih agung dari ini semua?


Cabaran akan tetap datang, dugaan akan pasti menimpa, halangan akan setia menunggu saat kita meniti bilah-bilah usia.



Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan (Al-Insyirah: 6)

Sunday, May 09, 2010

seni-man

Seorang penulis, apabila karyanya dibaca orang, akan lupa segala susah payahnya menulis dahulu.

Seorang guru, apabila anak didiknya berjaya, akan lupa segala susah payahnya mengajar dahulu.

Seorang pelukis, apabila lukisannya dihargai orang, akan lupa segala susah payahnya melukis dahulu.

Seorang seniman, seperti mana anda lihat, tidak meletakkan ganjaran wang - walaupun penting - sebagai nikmat yang teragung.

Seni, pada aku, bukanlah terhad kepada benda-benda seni sahaja; ia bolej jadi apa sahaja, asalkan usaha yang ditekuni itu punya sentuhan jiwa yang halus, sarat dengan makna, authentic dan berseni.

Maka, doktor juga boleh jadi seorang seniman, bukan?

Begitu juga jurutera, peguam, posmen, akauntan, dsb...

Tapi, alangkah agungnya jika usaha kita itu dilihat juga oleh Yang Maha Esa?

Alangkah murninya jika usaha kita itu diniatkan pada Yang Maha Berkuasa?

Alangkah indahnya jika semua itu ikhlas untuk mengharapkan keredhaan dari Rabb' al-alamin?

Pembaca yang budiman,

Usahlah risau jika kita tidak dilihat orang,

Tapi risaulah jika kita tidak 'dilihat'Nya.




Redha dan rahmat. Insha-Allah.

Tuesday, May 04, 2010

the time-traveling doctor

Dear readers (if any),

Lately I've been thinking, isn't it cool if I can do time-traveling?

I shall go to the future, see the kids that I've assisted their delivery into the world from their mothers' womb and I shall see what sorts of person that they have become.

From there, I shall go on to them and say:

"Hey man, I'm the first person you've met in this whole entire world!... That's right, I'm the doctor! surprise surprise!"

And then I would imagine that the situation would be very...odd. For both of us.


But, nevertheless, it is a good fantasy, yes?


Anyway, everytime I walked pass the neonatal (babies) unit in the hospital, I've been constantly wondering:

"What will become of them? Are they going to be good fellas? Or will they turn out to be bad guys? Is there a future doctor amongst them? Or teacher? Or even prime minister?"

And then I realized, they are not just the children of Mr. and Mrs so-and-so.

They are the children of this country.

They are the children of humanity.

In which, within them, lies the hope and future of all mankind.

And whenever this sort of thinking occurred to me, I never fail to smile sheepishly.



"And among His signs is that He created you from dust, and therefore you are human beings spread in the earth.

And among His signs is the creation of the heavens and the earth, and the differences in your languages and colours; indeed in this are signs for people who know."

(Al-Ruum : 20, 22)