Pages

Tuesday, September 15, 2009

langit yang luas

Bila aku memandang ke langit
dan melihat awan-awan kecil yang comel berarak
meredah ganasnya sinaran sang mentari
sedarlah aku akan kerdilnya diri ini;
seorang hamba hina berjalan megah
mendabik dada merasa tuah
di bumi yang tanahnya berdarah

Bila aku merasai hangatnya bahang mentari
insaflah aku akan sunyinya hati ini
merasai kehangatan kasihNya menjalar
di segenap tubuhku
saatnya kesejukan hati dan keheningan nurani membisu
berserta alam yang kaku dan haru-biru

Bila aku menatap wajah-wajah mereka yang aku sayang
dan menyedari garis-garis cemburu oleh waktu yang hilang
sedarlah aku bahawa waktu mungkin tidak lama
mungkin esok ataupun lusa
apakah masih ada harapan di sana?
berserta amalanku yang tiada?

redahlah sisa-sisa ini dengan hati yang luas
atau mata yang mendung.

aku tidak punya apa-apa, bagiku jua tidak ada apa-apa.

Monday, September 07, 2009

all the best!

Buat adikku Anis Arina,

selamat menghadapi UPSR esok.

semoga dipermudahkan.

semoga berjaya.

You know that I'll always pray for you.

semoga ini menjadi langkah pertama dalam mengejar cita-cita menjadi seorang doktor gigi! =)



Saturday, September 05, 2009

a small step for man...

Baru sebentar tadi, aku telah buat satu keputusan yang sangat besar dalam sejarah hidupku.

Apakah itu, cukuplah setakat itu sahaja.

Kalau tak mahu beritahu, mengapa mengada-ngada post dalam blog ini?

Kerana, aku fikir, ia antara batu aras, milestone yang besar dalam hidup aku. Jadi, aku perlu rekodkan.

Semoga itulah keputusan yang terbaik.

Aku mohon Rahmat dan Petunjuk-Mu.

Thursday, September 03, 2009

doktor / mesin

Aku sedang dalam proses untuk menghabiskan buku 'Dari Beirut ke Jerusalem', karya Dr Ang Swee Chai.

Karya asal sebenarnya dalam bahasa Inggeris, tetapi yang dapat aku pinjam hanya edisi bahasa Melayu. Tak apalah, next time, InsyaAllah. (Aku, seboleh-bolehnya, suka baca buku dalam bahasa asalnya, kerana masih pristine :D )


Sebuah buku yang menarik, memperihalkan seorang doktor pakar bedah ortopedik yang menawarkan khidmat sebagai sukarelawan perubatan di tengah-tengah konflik perperangan Israel-Lebanon. Turut dimuatkan ialah pengalaman menyaksikan dan menghadapi mangsa-mangsa penyembelihan 'Shabra dan Shatila 1982'.

Rupa-rupanya, pengalaman bersama-sama rakyat Lubnan dan Palestin bukan sahaja mampu menggugah naluri kemanusiaan dan keibuan beliau, tetapi, lebih daripada itu, memaksa doktor itu memikirkan semula ideologi yang kental dipegangnya sebelum ini.

Buku ini mempunyai pelbagai sisi yang menarik untuk dikaji. Pertama, pastinya, sisi kekejaman tentera Israel dan ketragisan perang itu sendiri.

Kedua, bagaimana pandangan seorang Cina Kristian yang selama ini percaya kepada Zionisme, baik dari segi ideologi mahupun operasi ketenteraan, terhadap isu perjuangan Palestin.

Ketiga, dan yang unik tentang buku ini, menggambarkan bagaimana tanpa nilai kemanusiaan, ilmu pengetahuan tidak bererti apa-apa.

Ketika beliau sedang menuntut di medical school, apa yang tergambar di fikiran beliau ialah, tidak ada apa yang hebat sangat menjadi doktor. Hakikatnya, profession ini tidak lebih dari seorang juruteknik, sama sahaja seperti juruteknik jentera ataupun kereta. Bezanya, yang dirawat ialah manusia dan bukannya mesin.

Tetapi, perbezaan itulah sebenarnya yang membawa seribu satu erti 'menjadi' doktor. Bahawa yang dirawati ialah manusia; yang punya sisi emosi dan perasaan.

Kalau prinsip rawatan bergantung hanya semata-mata kepada tanda-tanda fizikal, dan dibantu oleh ujian-ujian diagnostic yang lain seperti x-ray, full blood count, serum electrolyte dll. ; tidak ada bezanya doktor dan juruteknik.

Bukanlah kita mahu mengkelas-kelaskan pekerjaan, tidak, tapi apalah ertinya...

apalah ertinya doktor, yang juga seorang manusia, berfungsi seakan-akan seperti sebuah mesin?

Teringat kata-kata sinis Dr. Jeyarajah '...any donkey can be a doctor, you don't need a genius'